"Mak ayah awak orang alim ke?"


‎(Saya dinilai. Mereka menilai.)

 Salam Jumaah Mubarak~ ♥

assalammualaikum...masa period, apa ibadat yg bole kita lakukan? biasa bole dpt ketenangan dgn solat n bacaan quran. bila period cmn ye, selain zikir?
 =) 
saya..menulis blog..

Banyak yang boleh buat selain solat dan baca al-quran. Selain zikir? Selalu-selalu lah baca buku yg boleh dekatkan diri dengan Allah.
Dengar ceramah-ceramah agama.
Bergaul dengan sahabat yang solehah.
Berdoa tanpa kira masa dan tempat. Walaupun solat tak boleh, doa masih boleh.
Yang paling penting, selalu basahkan lidah dengan zikrullah. :)



Suatu ketika dulu, saya pernah ditanya dengan bermacam soalan yang saya kira selalu sangat ditanya. :)

Mereka bertanya saya dengan soalan-soalan ini,

"Awak ni ustazah ke?"
"Awak budak sekolah agama eh?"
"Awak orang Kelantan ke?"
"Mak ayah awak orang alim ke?"
"Awak ambik bidang agama ke?"

Atas dasar soalan-soalan itu, saya bertanya kembali,

"Kenapa awak boleh tanya saya soalan tu?"

Mereka menjawab kembali,

"Saya nampak awak selalu post status pasal agama."
"Saya baca blog awak, semua pasal agama."
"Saya baca tweet awak, semua pasal agama."
"Saya tengok awak pakai tudung labuh, mestilah ustazah."
"Saya tengok adik-beradik awak semua alim-alim, mak ayah mesti orang alim kan."
"saya tengok awak,pandai cakap arab."

Saya senyum. :)

Jauh sekali penilaian mereka. Teliti. Tapi sayang, kurang tepat. :)

Begitulah manusia. Mentafsir apa yang dilihat, apa yang tersurat. :)
Ermm. Bukan salah mereka. :)

Cuma, saya harap lepas ni, tiadalah lagi nilaian-nilaian begitu, tiada lagi andaian-andaian begitu.

Mari saya jawab soalan-soalan kawan-kawan saya di atas,

saya bukan ustazah.
ya saya budak sekolah agama..Al-Mashoor (p) & Pondok Yala,Thailand.
saya bukan orang kelantan.
mak ayah saya bukan orang alim.. cume orang biasa..
saya tak ambik bidang agama..saya amik medik
ya saya belajar bahasa arab...
sebab kawan2saya banyak dah g mesir *jelestahapgabanraksasagorgon
taknak ketinggalan saya belajar bahasa arab dari dorang..
sahabat2 saya yg chumel..:)


:')

Tapi, saya nak mengiyakan andaian kawan-kawan saya,

Ya. saya selalu post status pasal agama.
Ya. Blog saya banyak pasal agama.
Ya. saya selalu tweet pasal agama.
Ya. saya pakai tudung labuh.
Ya. adik-beradik saya InshaAllah semua baik-baik.

Saya melakukan semua ini hanya dengan alasan,

"kerana saya hamba Allah. Saya mahu melakukan dakwah semampu saya, memanfaatkan nikmat yang Allah bagi."

Ini tugas saya. Ini kerja saya.

Walaupun, saya bukan ustazah dan saya bukan ahli agama.

Jelas ya?

Kalau pasal permasalahan agama, boleh rujuk dengan ahli agama yang lebih pakar. Bukan saya. :)

Saya cuma berkongsi.

Saya juga masih 'merangkak' dalam menuntut ilmu. :)

Yang pastinya, saya nak semua dari kita, jangan mudah menilai orang.
Jangan sebab dia bertudung labuh, kita terus expect dia tahu pasal agama semua.
Jangan ya. :)

Eh. Saya cerita bukan nak tunjuk saya ni baik tau, cuma saya nak kongsi, ..

Oklah. Tu je nak share.

Sayang semua. :)



Jom, salawat, salawat, salawat.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

12 November 2012 pada 4:42 PTG

Berkongsi ilmu itu memang sangat ok dan sangat2 dialu2kan, yang tak bestnya, apabila ada yang suka mengkritik tak punmenunjuk2 ilmu yang tak seberapa... anyway tq Pipi Merah sebab sokmo2 share...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.