Dialog horror giler


rileks2 suda kan....   :P
(Dialog Kahwin-kahwin)

Kawan: Humaira..
Saya: Ye. Kenapa..?
Kawan: Semua orang kahwin. (Muka monyok.)

Saya: Jadiii..? (Saya mula mengesan sesuatu)
Kawan: Ermm. Saya pun nak kahwin.
Saya: La.. Kahwinlah.

Kawan: Eii. maira ni. Nak kahwin camane? Calon pun takde.
Saya: Oh. Nak maira tolong carikan calon ke?
Kawan: Hehe. Malu lah.
Saya: Eh. Tadi kata nak kahwin, pastu malu pulak? Camane tu?
Kawan: Hehe. Hmm. Saya cemburu. Tengok kawan-kawan kahwin, umur muda lagi. Tapi dah kahwin dah. Huhuhu.
Saya: Oohh. Kes cemburu comel-comel lah ni.
Kawan: Cemburu comel-comel? Apelah maira ni.

Saya senyum je.


Kawan: Yelah. Cemburulah..saya suka tengok time perempuan tu salam suaminya masa nikah, comel lah. Tengok suami tu cium dahi isteri, alaaa..comel. Nak jugak...

Saya: Err.. cemburu gitu ke?
Kawan: Haah lah.. Tiap kali tengok camtu, saya rasa membuak-buak nak kahwin. Hukhuk.

Saya: Sabarlah. Nanti datang jugak jodoh tu. Jangan risaulah.
Kawan: Hmm. Ye ke?

Saya: Sabar. Sabar tu pengubat bagi kerisauan. InshaAllah.
Kawan: Cakap senang. Tapi, buatnya tak berapa nak senang.
Saya: Yup. Tapi, kena cuba jugaklah. Sabar, umur kita pun muda lagi kan. InshaAllah, Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu.
Kawan: InshaAllah.
Saya: Allah tak pernah tinggalkan kita. Bahagia dan kenikmatan hidup bukan tercapai dari perkahwinan, tapi tercapai bila kita ada Allah. Bila kahwin takde Allah pun tak guna, tiada kebahagiaan hidup.

Kawan: Haah kan.

Saya: Yakini Takdir Allah. Jangan persoalkan. Laluilah hidup dengan kepercayaan sepenuhnya pada Allah. Hidup untuk Allah, bukan untuk lelaki.
Kawan: InshaAllah Humaira. Terima kasih banyak-banyak.

Saya: Sama-sama. Oh ye, Nak maira tolong carikan calon tak ni....?
Kawan: Err...

Hehe.

^___^


yg atas-atas bab cemburu ngan wat muka monyok sebab nak kawin sangat-sangat tu tak de kaitan pun ngan diri ini...hiiihii...sbb ayat-ayat  tu menguatkan prinsip sy bhawa berkahwin biarlah kerana Allah,bukan kerana rupa ke,harta ke nafsu ke...dngan statistik penceraian skrg yg sgt2 tinggi..buat sy bepikir byk kali..bhawa perkahwinan di zaman yg serba mencabar ini akan diduga dngan ujian dan dugaan yg kadang-kadang tak kan pernah kita tepikir pun...jadi persiapkan mental dan rohani sblm memasuki alam perkahwinan...insyaAllah..bila jalan menuju perkahwinan tu kita jaga keberkatannya...insyaAllah,Allah akan jaga keberkatan rumah tangga kita lepas kawin nant...setiap org dh dtetapkan jodoh masing-masing..baik kita,baiklah jodoh kita nanti...ape-ape pun kena brmula dari diri kita sendri...:)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

4 Februari 2012 8:56 PG

Itulah kn kamu. Tkt juga. Moga kita kwin kerana ALLAH. Amin

4 Februari 2012 8:30 PTG

^_^™

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.