VIDEO Konvokesyen Nur Amalina Che Bakri di United Kingdom.




EDINBURGH: Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 Nur Amalina Che Bakri sedia berkhidmat di tanah air selepas mengumpul pengalaman di luar negara.

Dia yang menamatkan pengajian perubatan di Universiti of Edinburgh memaklumkan akan berusaha menjadi doktor pakar sebaik tamat tempoh percubaan.

Bagi tujuan berkenaan Amalina menjangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 tahun sebelum bergelar doktor pakar.



"Selepas ini Amalina akan ke Cambridge University Hospital yang mana Amalina akan menjadi seorang doktor junior di sana selama 2 tahun. Dalam masa yang sama Amalina akan melakukan penyelidikan dalam bidang kanser ovari. InsyaAllah, Amalina akan meneruskan pengajian lebih kurang dalam enam hingga tujuh tahun untuk menjadi seorang doktor pakar dalam bidang obsesnekologi." jelasnya sewaktu ditemubual oleh Astro AWANI sejurus selesai majlis graduasi.

Amalina yang pernah mencetuskan kontroversi di mana dikatakan gagal menamatkan pengajian menjelaskan tuduhan yang dilemparkan tidak akan menjejaskan prestasinya.

Sebelum ini Amalina pernah menulis dalam sebuah buku berjudul 'Obstetrics and Gynaecology'.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

Tanpa Nama
13 Julai 2013 pada 1:11 PG

Spm 2004

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.