Anda mungkin merasakan jawapannya ada perkaitan dengan Islam.Namun perkaitan itu adalah amat kurang tepat.Pilihanraya di dalam kedua-dua buah negara,Mesir dan Tunisia,sememangnya menzahirkan sokongan pluralitas terhadap Islam yang sangat kuat.Gerakan Islam Ennahda,juga parti yang memenangi pilihanraya di Tunisia mempunyai pendekatan ideological yang mirip dengan Ikhwanul Muslimin serta mempunyai pertalian umum dengan Ikhwan di peringkat antarabangsa.Kedua-duanya juga percaya assimilasi antara prinsip Islam dan praktis Demokrasi.Malah kedua-duanya juga mengiktiraf peranan wanita di dalam arena politik dan kesamarataan dalam hak berwarganegara bagi orang bukan Islam, walaupun secara praktisnya mereka sedikit konservatif dalam gerak sosial dan masih mendambakan proses islamisasi ke atas masyarakat secara perlahan-lahan dan berperingkat.
Perbezaan Pendekatan
Namun perbezaan yang sangat ketara dari segi personaliti dan gaya pemimpin mereka telah menyebabkan Ennahda dan Ikhwan menjalankan pendekatan yang berbeza bila berunding soal agama dengan kelompok sekularis di negara masing-masing. Pemimpin spiritual gerakan Islam Tunisia,Rachid Ghannouchi,telah tampil sebagai Nelson mandela versi Islam.Ketika saat berada dalam keadaan buangan,Ghannouchi telah menulis dengan banyak soal keserasian antara Islam dan demokrasi serta membina satu visi yang agak liberal dalam memposisikan sikap islam dalam berinteraksi dengan negara.
Kelompok skeptik ,serta sebahagian sekularis Tunisia hari ini pula telah mendakwa bahawa pandangan Ghannouchi sebenarnya merupakan satu muslihat bagi melindungi agenda yang lebih radikal.Namun bukti terkini menunjukkan keadaan yang sebaliknya.Ketika kelompok Islamis mencadangkan untuk memasukkan perkataan Sharia di dalam perlembagaan-yang selalunya menjadi sine qua non(kemestian/agenda utama) buat mana-mana parti politik Islam-Ghannouchi telah mengambil kira dengan serius akan tentangan dari kelompom sekularis.Malah ketika pertelingkahan beliau dengan kepimpina parti beliau sendiri dalam hal ini,beliau dikatakan bersedia untuk letak jawatan sekiranya partinya meneruskan agenda(meletakkan perkataan Shariah) itu.
Kemungkinan besar ini telah menjadi titik tolak yang baru buat proses perangkaan perlembagan di Tunisia.Pandangan Ghanouchi dalam hal ini sangat jelas-beliau mahukan masyarakat Tunisia menerima pakai nilai-nila Islam namun bukan secara paksaan yang sebenarnya menghilangkan makna keimanan seseorang.Beliau percaya bahawa Islam mampu untuk meyakinkan manusia akan kebenarannya lebih effektif tanpa memaksakan ajarannya kepada orang lain.
Pengkritik tegar Ghannouchi pula menyatakan bahawa kesediaan untuk mengugurkan perkataan “Shariah” dalam draf perlembagaan hanyalah satu langkah taktikal,bukan satu ekspresi ideologi.Namun,andai pun mereka benar,ada sebab lain juga yang menyumbang kelancaran proses perangkaan perlembagaan: (iaitu)pemimpin-pemimpin mereka telah menunjukkan kesedian untuk berkompromi walaupun dalam soal pertembungan ideologi.
Berbeza ketika Mohammad Mursi menjadi presiden beliau terbukti sangat tegas untuk tidak mengadakan rundingan ketika tempoh masa proses mengdrafkan perlembagaan berjalan.Ikhwan sebenarnya mempunyai peluang untuk mendapatkan kepercayaan dengan mengambil pendekatan sederhana dalam cubaan merealisasikan peruntukan islam yang mereka inginkan.Mereka tidak semstinya perlu menanggalkan perkataan “shariah” di dalam perlembagaan kerana ungkapan tersebut telah pun wujud sebelum revolusi mesir berlangsung.Namun,Ikhwan memlilih untuk pergi lebih jauh daripada yang ada dengan memberikan autoriti interpretasi perlembagaan kepada ulama-ulama Azhar.Benar kompromi sahaja tidak cukup untuk menghalang daripada protes yang membawa kejatuham Mursi.Namun ianya cukup untuk menghantar isyarat sebagai tanda kesediaan Ikhwan untuk memerintah bagi pihak kesemua lapisan masyarakat,dan bukan sahaja untuk penyokong mereka sahaja.
Perkongsian Kuasa
Kesediaan untuk berkongsi kuasa pemerintahan mungkin antara factor terpenting yang membezakan kejayaan Tunisian dan kegagalan di Mesir.Ennahda memerintah atas kapasiti sebagai sebahagian daripada entity gabungan dengan parti-parti sekular yang ahlinya diberikan jawatan sebagai presiden dan speaker dewan bersama Perdana Menteri dari kalangan ahli Ennahda sendiri.
Kepelbagaian parti(troika of parties) ini sememangnya menyebabkan kebuntuan fungsi dan kesukaran untuk medapatkan kata putus tentang isu ekonomi yang menjadi isu nasional yang terpenting dan dorongan tertinggi dalam kebangkitan Arab.Namun kekuatan gabungan mereka menjadi simbol kuasa yang membantu kekecewaan akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan itu ditujukan kepada kerajaan secara umumnya,dan bukan sahaja kepada Ennahda.Berbeza pula dengan Mursi yang gagal untuk melantik kabinet yang terdiri daripada satu pakatan politik yang bemakna.Akhirnya kekecewaan rakyat dan kemarahan akibat kegagalan ekonomi ditujukan kepada beliau seorang beserta parti beliau sahaja.
Ini bukanlah masalah yang baru.Kerajaan autokratik sudah menjadi sumpahan buat negara-negara Arab sejaka era dekolonisasi.kebanyakan masyarakat Arab masih belum biasa dengan budaya politik yang lahir daripada perkongsia kuasa yang demokratik.
Budaya yang memberi ruang kuasa Presiden yang tidak bisa dicabar menjadi penjelasan utama akan kenapa Mursi cuba memerintah tanpa mengadakan sebarang kompromi dan juga respons kelompok yang memprotes yang melihat Mursi sebagai diktator yang wajar dijatuhkan sunggupuh dilantik secara demokratik.Kedua-dua pihak membayangkan bahawa jawatan presiden adalah seperti jawatan yang bukan dilantik melalui pilihanraya:yakni jawatan ini mempunyai kuasa yang mutlak,tanggungjawab yang penuh serta menjadi fokus tenaga politik yang positif atau negatif.
Namun demokrasi tidaklah beroperasi sedemikian rupa terutamanya di dalam masyarakat yang berpecah belah di atas perbezaan politik.Demokrasi meruntun setiap parti untuk belajar bekerjasama antara satu sama lain dan saling mengambil kira kepentingan masing-masing.Malah mereka yang tidak memegang tampuk kuasa juga percaya bahawa mereka juga suatu hari nanti akan dilantik rakyat,maka pihak kerajaan juga perlu tahu bahawa mereka juga boleh disingkirkan.Pemahaman ini sewajarnya memberi insentif untuk kerajaan melayan pihak pembangkang dengan rasa hormat dan pertimbangan politik yang matang.
Setelah pengesahan perlembagaan baru Tunisia akan menjalani pilihanraya Presiden.Malangnya draf perlembagaan yang dibuat memberikan kuasa yang yang lebih besar kepada jawatan presiden daripada apa lebih ideal-yakni kuasa Presiden yang lemah akan menyebabkan kebergantungan yang lebih kepada rakan kongsi serta menjadikan fungsi parlimen lebih efektif.Namun apa yang diharapkan ialah Tunisia tidak lupa akan pengajaran yang diperolehnya melalui kerjasama/pakatan politik mereka.Mesir pula hanya akan mendapat kestabilan demokrasi apabila kuasa dikongsi—yakni perlembagaan akan datang diharap meletakkan rakyat lebih uatam daripada kuasa tentera dan mengagihkan kuasa kepada seluruh wakil rakyat dan bukannya pemusatan kuasa pada mana-mana individu tunggal sahaja.
Noah Feldman merupakan seorang profesor undang-undang di universiti harvard dan merupakan penulis buku: “Cool War: The Future of Global Competition,”.
Ini merupakan artikel terjemahan yang diambil dari pautan ini:
http://www.bloomberg.com/news/2013-07-05/don-t-blame-islam-for-the-failure-of-egypt-s-democracy.html
notakaki- setuju , ada perkara yang perlu kita belajar.
2 comments
Salam lin..
sy bkn lah pakar atau tahu sangat ttg isu ni dn bukan juga seorg konspirasi theorist..apa yg prof ni cakap ada betul dan sgt kritikal dlm hujah yg disampainya, tapi secara realitinya byk org dn msyrakat umum mgkin sudah immune dgn konotasi islam sebagai salah satu agama yg bermasalah. Pemilihan tajuk seperti ucapan Bush selepas Sept 11 (jgn salahkan agama Islam dlm 9/11) dn media massa slps Boston bombing (jgn mmbuat spekulasi yg ini adlh kerja muslim) dll kejadian lain sebenarnya dah tak bermakna lagi malah, byk mengatakan termasuk sy sendiri yg tajuk dn highlights spt ini adalah salah satu reversed psychology di mana ia secara tdk langsung mengatakan "jadi masalah ini ada kaitan dgn agama Islam lah" "oh lagi2 Islam bla...
bagi sy Agama Islam itu sendiri mampu berdiri sendiri tanpa apa2 defenses dr mana2 pihak..dn apa yg lbh penting adalah untuk mewacanakan nilai2 murni dln islam, spreading peace dll tanpa mengaitkan ia dgn politik bermasalah dn terrorism..
Satu lagi, ini pendapat peribadi sy dn mungkin agak radikal bg sesetengah pihak malah tidak sependapat dgn yusufulqardawi yg mengatak demokrasi mampu menjadi tulang belakng negara islam kerana selagimana perlembagaan negara itu bukan Al quran dan sunnah dan sovereignty negara bukan Allah swt selagi itu ia tdk layak bergelar neg islam
-thehellwiththeworldtoday-
Salam lin..
sy bkn lah pakar atau tahu sangat ttg isu ni dn bukan juga seorg konspirasi theorist..apa yg prof ni cakap ada betul dan sgt kritikal dlm hujah yg disampainya, tapi secara realitinya byk org dn msyrakat umum mgkin sudah immune dgn konotasi islam sebagai salah satu agama yg bermasalah. Pemilihan tajuk seperti ucapan Bush selepas Sept 11 (jgn salahkan agama Islam dlm 9/11) dn media massa slps Boston bombing (jgn mmbuat spekulasi yg ini adlh kerja muslim) dll kejadian lain sebenarnya dah tak bermakna lagi malah, byk mengatakan termasuk sy sendiri yg tajuk dn highlights spt ini adalah salah satu reversed psychology di mana ia secara tdk langsung mengatakan "jadi masalah ini ada kaitan dgn agama Islam lah" "oh lagi2 Islam bla...
bagi sy Agama Islam itu sendiri mampu berdiri sendiri tanpa apa2 defenses dr mana2 pihak..dn apa yg lbh penting adalah untuk mewacanakan nilai2 murni dln islam, spreading peace dll tanpa mengaitkan ia dgn politik bermasalah dn terrorism..
Satu lagi, ini pendapat peribadi sy dn mungkin agak radikal bg sesetengah pihak malah tidak sependapat dgn yusufulqardawi yg mengatak demokrasi mampu menjadi tulang belakng negara islam kerana selagimana perlembagaan negara itu bukan Al quran dan sunnah dan sovereignty negara bukan Allah swt selagi itu ia tdk layak bergelar neg islam
-thehellwiththeworldtoday-