Aktivis LGBT membuka masjid gay di Paris.





Umat Islam di Eropah dikejutkan dengan pengumuman pembukaan masjid mesra LGBT yang pertama di Eropah pada bulan November 2012 di timur Bandaraya Paris. Berita ini tentunya mengejutkan dan menguji kesabaran umat Islam yang menolak perhubungan seks sesama jenis.


Buat masa ini, masjid yang baru ditubuhkan itu menggunakan sebuah bilik kecil di dalam rumah sami Buddha turut mengalu-alukan umat Islam lelaki dan wanita, transgender dan transeksual untuk beribadah bersama-sama.

Pengasasnya adalah seorang aktivis gay Perancis berketurunan Algeria Ludovic-Mohamed Zahed yang telah berkahwin dengan pasangan gaynya daripada Afrika yang bernama Qiam ad-Din.

Mereka juga akan menggalakkan wanita untuk memimpin solat Jumaat serta memecahkan beberapa amalan yang lain seperti pernikahan pasangan gay dan lesbian, pengurusan jenazah gay dan lain-lain lagi.

"Ia adalah sebuah masjid yang inklusif. Sebuah masjid di mana orang ramai boleh datang kerana mereka," kata Zahed, 35.

Ironinya, Zahed dan teman seperjuangannya telah bersedia untuk berhadapan dengan para pemimpin agama dan juga kementerian undang-undang kerajaan Perancis.

Kepada masyarakat di Malaysia, anda tidak boleh duduk selesa kerana aktivis LGBT yang kuat disokong oleh beberapa NGO tempatan dan antarabangsa seperti HRW telah pun membuat permohonan supaya pengamal LGBT tidak dianak-tirikan dan diberikan kebebasan di Malaysia termasuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis di kalangan mereka.

Kepada aktivis LGBT :

Semoga kalian semua diberikan petunjuk oleh Allah swt dan berusaha untuk kembali ke pangkal jalan.


Baca lagi :

1-http://www.bbc.co.uk/news/world-europe-20547335

2-http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F11%2F30%2Fworldupdates%2F2012-11-29T162119Z_1_BRE8AS0VO_RTROPTT_0_UK-FRANCE-GAYMOSQUE&sec=worldupdates

3-http://www.theblaze.com/stories/secretive-gay-mosque-set-to-open-in-paris/




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

Tanpa Nama
21 Disember 2012 pada 9:09 PTG

Ini adalah contoh bila nafsu mengatasi akidah dan iman maka manusia mencuba menghalalkan sesuatu yang bukan fitrahnya.


21 Disember 2012 pada 9:26 PTG

@Tanpa NamaSemua ini kerja orang yang gila dunia belaka.

21 Disember 2012 pada 10:22 PTG

Dunia akhir zaman semua pun boleh jadi. Manusia manusia.

22 Disember 2012 pada 12:34 PTG

Astagfirullah..apa nak jadi dengan umat akhir zaman

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.