Melutut depan syeikhah usai tasmik yang sememangnya banyak salah!
"Mari sini al quran..."
Ana hanya menurut. Syeikhah membuka surah al ankabut, ayat terakhir. Cuba kawan-kawan buka di m/s 404.
Ada sesuatu yang bermakna. Ayatnya sungguh indah. Jom tadabur sekejap.
" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik..."
Ayat : 6
---------------------------------------------------------------------------
Subhanallah.
Kenapa sukar untuk berjihad melakukan kebaikan duhai diri?
Syeikhah kata, berjihad ada 2.
Jihad bil nafsi.. = perang di medan jihad
Jihad nafsu.. = perang dengan hawa nafsu, syaitan
Macam mana untuk kita katakan kita wajib pergi berperang ke medan jihad sedangkan perangi hawa nafsu untuk naikkan keimanan masih belum kita laksanakan?
Cuba sahabat-sahabat fikir, orang yang nak turun berjihad kat medan jihad, hati dia betul-betul bersih. Bersedia untuk mati syahid kerana tingkat keimanannya sudah tingkat. Dia sudah melepasi medan jihad hawa nafsu.
Macam pula kita yang belum lepas berjihad dengan hawa nafsu sendiri sudah katakan kita wajib turun berjihad di medan jihad.
Bagaimana untuk mati syahid?
Ayat ini mengajar kita, jom sama-sama berjihad mencari keredhaan Allah. Jihad menjadi seorang muslim dan mukmim yang terbaik :)
Anda nak jadi soleh?
Anda nak jadi solehah?
Maka perangi nafsu yang membelenggu.
Go go chaiyok. Selamat datang ke daerah baru...bersama mencari keredhaan Allah yang hakiki.
^___^ I LOVE YOU ALLAH ♥
Mood : syeikhah pesan, ikhlaskan hati tau sahabat-sahabat, insyaAllah Allah tunjukkan jalan dan mudahkan untuk kita buat kebaikan :)