Bismillahirahmanirrahim.......jam lappy ku menunjukkan
dah pukul 2:44 pagi....ta tidur ag aku....hurmmm.....aku sedang menanti dia...
:)
SELAMAT MEMBACA DAN MENGHAYATI YA, CINTA HATI! ^_^
pernah dengar ta...?
“ Andai jodohmu belum tiba, jangan ditanya kenapa. Tapi yakinkan hati, bahawa Adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah dan peribadinya. Dia sedang berusaha membina kepimpinan dalam dirinya gar nanti kau selamat dalam lindungannya. Dan, padamu itu ada kekurangan tersendiri. Adam itu pasti akan hadir bagi melengkapkanmu nanti. Bersabarlah kerana bila tiba masanya, Allah sendiri yang kan menghantar jodoh itu padamu. Di saat yang tepat, dengan insan yang tepat, dan di pelabuhan yang tepat ,”
Siapakah dia?
Masih, dia belum ku ketahui jelasnya.
Lipatan perjalanan di hadapan tidak dapat ku singkap,
Malah mustahil juga untuk diintai..
Cuma aku mengimpikan,
Aku juga bisa menjadi sehbatnya,
Agar dia juga sentiasa merasakan kalau aku ini sumber kekuatannya,,
Layakkah aku mendapatkan insan sehebatnya?
Hari ini, aku akan menjawab..
Aku masih terlalu banyak kurangnya untuk mendapatkan dia,
Masih juga aku sedang mencuba melakukan yang terbaik..
Dan mudah-mudahan,
Jika ditanya lagi soalan ini padaku,
Aku bersedia dengan jawapan yang lebih yakin inshaAllah,
Kerana dia bakal jadi pembimbingku ke jalan Allah..
Pesan ustazah,
“ Banyakkan doa dan berusaha perbaiki diri kita terlebih dulu,
Supaya nanti,
Jodoh kita juga yang terbaik..
Kalaupun bukan takdirnya di dunia,
Biarlah dikurniakan yang paling baik di akhirat kelak,,”
Akan ku semat pesanan itu agar kukuh di sanubari, inshaAllah..
^______________^
Mengorak setapak lagi langkah ke hadapan, semakin banyak yang ku fahami. Sekali-sekala, masih lagi terdetik di hati, mengapa hal ini terjadi begitu dan begini. Sejenak merenung dan mendalami, ku fahami segalanya pasti punya sebab dan alasan. Masih lagi bermonolog sendiri, dalam diam aku bersyukur kerana hari ini, aku hidup dengan jiwaku sendiri. Mudah-mudahan jiwa yang akan sentiasa dipenuhi dengan tarbiyah kehidupan, serta nasihat dan ingatan daripada semua yang berada denganku, inshaAllah. ^_^
Dan sejak siang tadi, ada yang bermain di fikiranku. Kenapa? Aku sendiri ta pasti. Tapi yang ku harap, moga Allah terus pinjamkan kekuatan sebagai bekalanku.Amin. Dan, inilah luahan hati yang ku temui ....