Assalammualaikum....Sejak saya berta’aruf dengan dia, saya semakin memikirkan banyak perkara. Saya ingin selalu dengan dia. Sungguh, dia cukup menenangkan saya. Auranya cukup kuat. Dia buat saya rasa sejuk dalam hati. Tenang di jiwa. Dia sahabat yang sangat hebat.
Bercerita pada saya tentang kesedihannya, jelas dia menunjukkkan perhatian. Penuh tarbiyah dalam kata2nya. Bila berkongsi kegembiraan dengannya, masih juga penuh dengan perkongsian bermanfaat. Mendamaikan saya. Dia tidak memujuk terus, tapi dia membawa saya berfikir tentang perjalanan hidup. Tentang apa yang saya lalui. Dia membawa saya mendekati cinta Rabb. Dia mahukan saya selalu jadi
lebih baik. Tertanya dalam hati, mampukah saya....
Dia biasa. Tidak menunjuk dalam amalannya. (inshaAllah,,) Dia mengajar saya tentang hidup dalam diam, tanpa perlu dia berbicara banyak mengenainya. Tanpa Melihat dia , saya berasa cukup. Dia anugerah Allah paling bernilai buat saya.
Dia selalu di hati saya. Menjadi sumber kekuatan saya selain Allah.
Berpisah dengan dia pada mulanya sangat sakit untuk saya, ^__^ Bagaimana mahu melalui hari-hari tanpa dia?
Saya tinggalkan cerita ini di sini. Masih banyak tentang dia yg saya ta tahu sebenarnya. Tapi semakin banyak cerita tentang dia yang saya karang, semakin lemah jiwa saya kerana terlalu rindukan dia.
Saya tinggalkan ini sekadar di sini. Sekadar berkongsi rasa hati sendiri. Dan selamanya saya tau, Allah selalu ada dengan saya. Menemani saya selama mana saya mahukan-Nya.
Mudah-mudahan saya ditetapkan hati atas hal-hal kebaikan.
Saya mahu bersama dia di akhirat kelak.
Saya mahu mencontohi dia dalam segala hal yang baik mengenainya. Dia mentor saya, mendidik jiwa saya. Saya mahu mendekati cinta Rabb, dan inshaAllah, saya akan terus berusaha pada jalan itu.