Semakin ramai golongan agama (baca : ustaz) yang cincai/lalai dalam memberikan hukum. Contoh mudah, apakah maksud sebenar ucapan Merry Christmas? Adakah ia berkaitan dengan Trinity atau pun Jesus sebagai anak Tuhan atau pun hanya hari lahir Jesus. Sejauh mana pula kaitan Merry Christmas dengan ajaran Nasrani itu sendiri yang membolehkan syirik dengan hanya menyebut Merry Christmas? Apakah Santa Claus juga wujud dalam agama Nasrani? Akibat tidak tahu tentang Merry Christmas, hukum yang dikeluarkan tidak merujuk kepada maksud Merry Christmas secara literal, sejarah, budaya dan agama. Pernah saya bergurau dengan Ustazah Bahyah. Saya tanya, 'ustazah, Merry Christmas tu apa?' Ustazah jawab, 'ala, Maulid Nabi Isa je pun.' Oh, ingatkan Maulid Nabi Muhammad SAW je ada.
Di New Zealand, cuti untuk Krismas hanya sehari, pada 25 December saja. 26 December sudah masuk bekerja walaupun hari itu adalah Boxing Day. Maka sepanjang hari pada 25 December itu dimanfaat sepenuhnya untuk makan besar bersama keluarga, rakan, memberi dan menerima hadiah dan bersembang-sembang santai. Pendek kata, 25 December bukanlah hari untuk meraikan Krismas tetapi untuk meraikan cuti ! Cuti itu paling berharga kerana ia hanya sekali setahun. Sudah tiba masanya kita meluruskan pandangan terhadap budaya dan acara yang dilakukan pada 25 December setiap tahun. Menuduh pluralisma atau syirik atau murtad, sama sekali tidak menyelesaikan masalah. Kita perlu pendirian dan juga anjakan paradigma. Adakah benar Jesus (Nabi Isa) dilahirkan pada 25 December?
Christmas sudah Jadi sebahagian tradisi bukan lagi kepercayaan. Bahkan rata-rata orang tiada kepercayaan agama tetapi sambut krismas. Bagi yang beragama pula, mereka tahu 25 dec bukan tarikh lahir Nabi isa.
Christians sendiri pun sudah menjadi sekular. Tarikh 25 Dec tidak ada apa-apa kaitan dengan Jesus atau Santa Claus kalau kita melihat sejarah. Ia lebih kepada budaya sama seperti Tahun Baru Cina. Banyak pensyarah jemput pelajar makan di rumah mereka pada 25 Dec bukan kerana nak meraikan Christmas pun, tetapi kebetulan hari itu dia cuti dan makan besar. Takkan lah kita yang bertandang untuk makan dan sembang hal akademik pun dituduh pluralisma/syirik/murtad ?
Syukran jiddan ..sudi baca entry nie
3 comments
nice sharing... ina baru tahu sekarang...
Tq share !
Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada 'google index'secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !
bodoh