SAYDATINA SOFIYYAH, ISTERI NABI BERBANGSA YAHUDI


Sofiyyah binti Huyay, merupakan salah seorang isteri Baginda Nabi S.A.W yang berbangsa Yahudi. Nama lengkapnya Sofiyyah binti Huyay bin Akhtab bin Sa’yah bin Amir bin Ubaid bin Kaab bin al Khazraj bin Habib bin Nadhir bin al Kham bin Yakhurn [rujuk Siyar A’lam an Nubala’, jil.2, hlmn. 231]. Ayahnya Huyay bin Akhtab merupakan pemimpin terbesar kaum Yahudi. Apabila Islam memenangi peperangan Khaibar pada tahun ke-7 hijrah, Sofiyyah termasuk salah seorang tawanan perang. Lalu bila berita penawanan puteri Huyay bin Akhtab sampai, Rasulullah S.A.W memberikan tawaran kepadanya sama ada mahu memilih Islam dan dinikahi oleh Baginda atau tetap beragama Yahudi dan dibebaskan. Lalu Sofiyyah memilih untuk memeluk Islam dan menjadi isteri Baginda S.A.W. Sebelum ini, Sofiyyah pernah menjanda dengan dua orang lelaki keturunan Yahudi iaitu Sallam bin Musykam dan Kinanah bin Rabi' yang mati di dalam perang Khaibar.

Apabila Baginda Nabi S.A.W memutuskan untuk mengahwini Sofiyyah, Para Sahabat merasa cemas kerana ayahnya yang bernama Huyay bin Akhtab itu adalah antara pemimpin utama kaum Yahudi yang sangat membenci Nabi, termasuklah Kinanah iaitu suaminya yang mati dalam pertempuran Khaibar. Jadi, mana mungkin Baginda S.A.W boleh merasa aman berkahwin dengan wanita Yahudi yang sejarah hidupnya begitu?

Namun, perkahwinan itu tetap menjadi pilihan Baginda S.A.W yang mengharapkan agar perkahwinan itu dapat membuka mata kaum Yahudi bahawa Islam adalah agama Allah yang menembusi sempadan kaum dan bangsa. Malah dalam kitab-kitab "Sirah Rasul", semuanya sependapat bahawa cinta Sofiyah kepada Rasulullah S.A.W adalah cinta yang murni sehingga menyebabkan hidup Sofiyyah sering bertemankan air mata dek kecemburuan isteri-isteri Baginda. Manakala kecintaan Rasulullah S.A.W kepada Sofiyyah juga terbukti apabila Baginda sering menangkis perbuatan orang yang mencemuh Sofiyyah.

Ketika Sofiyyah mengadu kesedihannya kerana sering diejek atas nama eturunan dan bangsanya Yahudi, Baginda S.A.W mengajari Sofiyyah agar menjawab, "Bagaimana kamu (yang mengejekku) dapat mengatasi kemuliaan keturunanku, ayahku dari keturunan Nabi Harun, saudara lelakiku dari keturunan Nabi Musa , dan suamiku pula adalah Nabi Muhammad S.A.W".

Mengikut riwayat Ibnu Ishaq pula diceritakan, Sofiyyah pernah mendapat petanda dari mimpinya akan dipinang Nabi Muhammad S.A.W. Sofiyyah bermimpi bulan jatuh ke biliknnya dan setelah tafsiran mimpi itu diceritakan kepada suaminya Kinanah, Kinanah terus menampar Sofiyyah sehingga lebam, "Kamu inginkan Raja Yathrib (Madinah) itu?", tengking Kinanah kepada Sofiyyah.

Ketika Nabi S.A.W sakit, Sofiyyah menunjukkan keprihatinannya di sisi Nabi dengan berkata, "Aku ingin menanggung derita kekanda...". Hal itu menyebabkan isteri-isteri Nabi menjuihkan bibir mereka. Begitupun Baginda S.A.W meraikan kecemburuan isteri-isterinyaa sebagai suatu lumrah manusia yang tidak dapat dielak.

Begitulah Saidatina Sofiyyah, isteri RasuliLlah yang berbangsa Yahudi mengakhiri hidupnya sebagai seorang Muslimah. Beliau meninggal dunia tatkala dirinya berumur sekitar 50 tahun, iaitu ketika pemerintahan Mu'awiyah R.A berlangsung. WAllahua'alam


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

Tanpa Nama
13 Julai 2014 pada 7:06 PG

Terima kasih akak.
.
Kesian kt rasulullah s.a.w kn..
Pnt lelah bsabar
dgn pnduduk thoif..
Wanita yahudi buta..
Dll..
Sbb nk tunjuk contoh...
Tpi knp ada hamba Allah s.w.t sgup doa kn..

"ya Allah hancurkan Yahudi"

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.