Anda yang masih belum Islam bila lagi? Kaji dan carilah kebenaran dalam beragama....




Tak mengapa kalau kita tak mampu mendekatkan masyarakat Belum Muslim kepada Islam dengan tidak mahu melaksanakan tanggungjawab berdakwah atas alasan kita yang tersendiri.


Kalau tak mampu dekatkan mereka JANGAN pula kita yang menjadi punca mereka jauh dari Islam.
Apabila kita mengetahui ada orang memeluk Islam, kita mengucapkan Alhamdulilah dan melaungkan Allahuakbar. Ucapan tahniah silih berganti.

Apabila kita mengetahui muallaf ingin murtad, kita mengutuk dan mengeji serta pelbagai cacian seperti "itulah masuk Islam tak ikhlas"dan sebagainya.

Persoalannya di manakah kita selepas mereka memeluk Islam? Cukupkah sekadar mengucapkan tahniah dan menghulurkan puluhan ringgit sebagai sokongan? LAYAKKAH KITA MENGUTUK SERTA MENGEJI MEREKA SEDANGKAN DIRI KITA TAK PERNAH MENGAMBIL TAHU TENTANG MEREKA???

Janganlah kita menjadikan "kita tidak tahu" sebagai alasan tidak mahu membimbing mereka. Bukan wang ringgit yang mereka perlukan tetapi sokongan dan didikan agama yang amat ditagih...

Usah kita pandai mengutuk, mengkritik, mencaci tetapi pandaikanlah diri kita dengan inisiatif untuk membantu. Andai kita tak tahu, belajarlah...!!! 

---------------------------

Seorang lelaki keturunan India secara kebetulan membuat hantaran di Universiti Sains Malaysia petang tadi ketika berlangsungnya Kursus Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran Hidayah Center Pulau Pinang. Salah seorang penceramah iaitu Bro Nur Azley menyapa dan berbual-bual dengannya.

Selepas seketika, lelaki berketurunan India yang secara kebetulan berada di USM telah mengucapkan dua kalimah shahadah;

"LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH"
(Tiada Yang Layak Disembah Melainkan Allah dan Muhammad Itu Pesuruh Allah)

Kehadiran yang tak dirancang telah mengubah hidupnya. Lelaki yang bernama Saravanan itu telah kembali kepada fitrahnya iaitu KEMBALI KEPADA ISLAM.... Alhamdulilah... Begitulah apabila hidayah Allah telah tiba, tiada kuasa yang mampu menghalangnya... Tugas kita sebagai Muslim hanyalah menyampaikan kalimah Allah kepada mereka yang Belum Islam sahaja dan Allah yang memberikan hidayah kepada mereka... Bro Nur Azley telah mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w dengan;

"Sampaikanlah walaupun satu ayat"

Selamat kembali ke agama fitrahmu wahai saudaraku SARAVANAN.... Tahniah Hidayah Center Pulau Pinang dan semua yang terlibat... Tugas lebih penting selepas ini adalah membimbingnya menjadi seorang Muslim yang bertaqwa....

Anda yang masih belum Islam bila lagi? Kaji dan carilah kebenaran dalam beragama....


p/s Sesuatu yang pasti kita mampu lakukan adalah dengan meng"Islam"kan diri kita dengan kembali kepada ajaran Islam sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan difahami serta dipraktikkan oleh para sahabat radiallahu anhum... 

Jom "Islam"kan diri...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.