saya ..kamu ..awak....sila sedar diri...





Namun kita sentiasa lupa...

Sedarkah kita?


Atau tidak sedar?

Hari ini, manusia amat sibuk melantik diri mereka menjadi hakim. Hakim yang tidak dipersetujui oleh Allah s.w.t. ataupun badan kehakiman di dunia. Pelik? Tetapi itu yang berlaku. 
Umat sekarang sangat suka menghakimi perbuatan orang lain. Islam atau kafir, semuanya tidak terkecuali. Paling sedih, apabila wujud golongan pemuda Islam yang sangat mudah mengkritik para ulama dan syeikh-syeikh besar, dahulu atau sekarang. Yang berkerja keras atas jalan dakwah Islamiyah.

Kalau ulama pun kita hakimi, apatah lagi kawan-kawan sekeliling...

renung2 sejenak 2 situasi benar-benar terjadi di hadapan saya hari ini....

situasi 1

“Aishah tu kan, sibuk jer nak ajak orang gi usrah. Usrah ke ape bendenya.. Tak sedar diri. Dah lah kena repeat paper tahun lepas. Nasib baik tak kena repeat year..”

“Tu laa, tak tahu malu betul. Sibuk sangat, dengan usrah la, program la, ke sana ke sini.. Study entah ke mana.. Dengan ahli bait (housemates) pun asyik bergaduh je kerja dia. Tak baik kita berlebih-lebih dalam beragama nih. Lain la kalau diri tuu dah bagus.. Nie apa...?”


**Astaghfirullah.. Betapa ceteknya kefahaman Islam yang ada pada mereka. Namun sudah pandai menjadi hakim.


situasi 2

Kalau kahwin muda. “Mudanya kawin. Hidup tak stabil lagi dah gatal nak kawin. Ko nak bagi bini ko makan pasir ke?”

Kalau tidak kahwin, pun tidak kena. Sama juga kalau lambat dapat zuriat. “Weihh.. Pesal dengan ko ni bro? Mandul ke apa? Ko tak nak Nabi mengaku umat ke?”



situasi 3

“Eh, kau tak nak sembahyang sunat ker? Ko kan alim sikit dari aku.. hehehe..”

"Ala, jumhur ulama dah setuju takde solat sunat sebelum maghrib nih, Imam Shafi’e jer yang sibuk-sibuk dengan pandangan dia nih.”
**Astaghfirullah al-‘Azim. Layakkah kita untuk mempersoalkan pandangan Imam Shafi’e?



Bahkan banyak lagi jika diperhati. Inilah dunia sekarang. Dunia yang kita hidup setiap hari. Dunia akhir zaman. Itulah kita, yang sentiasa sibuk untuk menjadi hakim dalam semua situasi dalam kehidupan.

Betapa tidak sedarnya kita bahawa kita sedang berada di bawah kehakiman Allahs.w.t. dan betapa murkanya Dia terhadap kita setiap kali kita melakukan penghakiman membuta tuli terhadap manusia lain.



Firman Allah s.w.t. dalam surah as-Shams, ayat 7-10:-


وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا“- dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),”



فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا“ - maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.”


قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا“  - sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,”


وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا“ - dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”



Sentiasalah sibuk dengan keburukan dan kekurangan diri kita sendiri supaya kita tidak akan sibuk untuk menghukum orang lain serta melihat kesalahan mereka. Sesungguhnya,orang yang sentiasa merasakan dirinya teruk dan hina akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri mereka dan merekalah orang-orang yang dekat dengan Allah....

Persoalannya, betul ke apa yang kita nampak baik itu adalah baik? 


Does he not know that Allah sees?

[Quran 96:14]


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.