Oh! Mama, saya mahu kahwin :p


Hari ni memang mood bait muslim habis. Huhu.

Maaflah kalau rasa nak muntah dengan status -status ana hari ini, tapi ana seronok pula tengok ramai yang menentang zina dengan cara ini, which is kahwin awal. Makin ramai yang dah sempurnakan sebahagian dari agamanya di usia muda.

Teringat cerita dan pesanan dari seorang kakak yang dah pun berkahwin masa belajar ni.

"Nak kahwin awal, tak ada masalah. Yang penting niat biar betul. Bukan sebab nafsu. Bukan sebab terikut-ikut. Biarlah sebab Allah.

Alhamdulillah setakat ini, Allah mudahkan sangat-sangat proses akak nak kahwin, dari merisik sampai sekarang. Susah sikit lah sebab berjauhan dengan suami, tapi bila sama-sama jalani hardship ni dengan redha Allah, semua jadi senang sangat. Study pun tenang, eh, senang cakap gembira lah.

Dulu, masa nak kahwin pun mama ayah akak mula-mula kurang senang, diorang cakap akak belum habis study, bakal suami pun study, jauh pula lain-lain negara. Tapi, akak cakap, tak ada masalah pun semua itu, lagi bermasalah kalau hati tak terjaga, kalau mama ayah rasa angah xbalas lagi jasa mama ayah, lepas kahwin insyaAllah, angah tetap akan teruskan study, tetap akan hadiahkan segulung ijazah untuk mama ayah, tetap akan gembirakan mama ayah dan keluarga. Lagipun kahwin ni makin dekatkan diri kita dengan Allah. Kalau betul-betul niat keranaNya.

Alhamdulillah, berkat doa semua, akak dah kahwin, memanglah ada mulut yang mengata, tapi Allah tahu niat akak tulus. Biarpun jauh dengan suami, sekali setahun je jumpa suami, tapi akak bahagia sebab PJJ kami dinauni redha Allah insyaAllah. Alah, xlama, lagi 3 tahun je. Sedang Adam Hawa pun boleh bertahan bertahun2 terpisah tanpa khabar, akak hari-hari skype, xkan tak boleh tahan."

Perkahwinan ni satu peluang da'wah. Sempurnakan sebahagian daripada iman pulak tu. Kalau
ana ada peluang, ana nak grab cepat-cepat. >____< Bolehke? heee

Sebelum pejam mata, ada sedikit mutiara kata

Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

30:21

Mari berfikir dan beramal
Selamat Malam :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

2 Januari 2012 pada 1:08 PG

calon dah jumpe?

2 Januari 2012 pada 1:29 PG

tahulah..dia da jumpe calon dia... ;)
firdaus .. kalau awak nak tahu kalau tajuk dia 'ummi kahwinkanlah ana'..baru itu saya kut... jodoh itu rahsia allah... btw tahniah yep..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.