:)
nak share sikit nie.... tadi pagi pergi kelas sirah..kak Asyila bagitahu, jangan kedekut untuk selawat dengan nabi. Salah satu sebabnya nanti dekat akhirat, nabi akan bagi syafaat untuk kita, beratkan timbang amal kita.
Ada yang kata, yeke?
Tak percaya ye..hehehe
Daripada ‘Abdullah B. ‘Amr B. Al-Ash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahalaihi wasallam bersabda:Sesiapa yang berselawat kepadaku atau memohon wasilah untukku, nescaya dia berhak mendapat syafa’atku pada hari Kiamat.
Itu untuk jangka masa jauh. Untuk jangka masa dekat pulak macam mana?
Daripada ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:Aku pernah solat, di mana Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, Abu Bakr, dan ‘Umar ada bersama. Di mana ketika aku duduk, aku mulakan dengan memuji (mengagungkan) Allah ‘Azza wa Jalla, kemudian berselawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berdoa untuk diriku. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Mintalah, pasti kamu akan diberi. Mintalah, pasti kamu akan diberi.”
Psstt, ta nak ke doa kita semuanya dimakbulkan?
Renung dengan mata hati, amal dengan jasad yang diberi ;)
moga makin hari makin dekat dengan Allah swt..
thanksss Allah~
bertahanlah dalam mengubah diri ...
Wallahu'alam :)
p/s-biasanya orang yang sedang bahagia takkan memahami orang yang terluka hatinya walaupun berkali-kali dia mengatakan dia sedang memahami kelukaan itu.
*bersabar lah.Allah sahaja pengubat luka hati yang paling mujarab* ;) ..Oh sangat tetibe.. :P