Allahummaghfirlaha warhamha wa afiha wa fuanha, ana uhibbuki umi... |
sakit-sakit macam ni pun nak merajuk...
Hebat sekali kalau aku merajuk...
dah 4 jam aku merajuk dengan ummi... mungkin sebab sakit ku ini..allah..
bukan salah ummi pun...aku yang tak nak ikut ...
hai..hai hati...hebatnya ...
Wajah berubah mencuka, senyuman mati tidak bernyawa.
Entah apa yang merasuk hati, hanya kerana seperkara yang membuakkan rasa kecil hatiku,
aku merajuk dengan ummi...
Ah. Kuat benar rasa sensitif ku.
Langsung tidak boleh tawar-menawar.
Aku merajuk tak mahu cakap.
Aku merajuk tunduk tanpa pandang muka ummi
Aku diam sejuta bahasa.
Allah. Kejamnya aku.
Teruknya aku.
Kotornya hatiku.
Aku membentak marah hatiku yang tengah merajuk.
Hai hati! Sombongnya engkau!
Melayan hati yang tidak mahu reda,
aku jadi muak.
ummi usaha memujuk dengan penuh hikmah.
Aku terasa pujukannya,
jauh di hati, aku terpujuk.
Tapi, hati masih juga enggan reda.
Lagi, aku marah hati lagi!
Dek kerana degilnya hati,
aku pantas meluru ke bilik air,
wudhu ku lengkapi dan aku bergegas mahu menghadap Ilahi,
mahu ku ceritakan pada Ilahi perihal si hati yang degil!
Biar hati kena hukum!
Selesai berdating, aku diam di tikar sejadah,
jauh aku renung dan aku fikir,
betapa ‘anak-anak’nya aku,
Eh, aku sengih sebentar.
Aduhai hati!
Sengih mati. Hati masih belum reda dengan kemerajukannya,
akhirnya ku putuskan untuk membaca lagi surat cinta yang masih belum habis aku baca.
Itu surat cintaku.
Surat cinta yang hari-hari aku baca dan aku fahami.
Tenggelam dengan keasyikan surat cinta,
aku baca ayat demi ayat,
aku baca dan aku baca,
sehingga aku meniti ke suatu ayat,
aku bungkam.
Mulutku terkunci.
Mataku bergenang.
Aku mahu menangis....
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Surah Al-Isra’ : ayat 23-24
Benar. Aku terkejut...
Allah sedang menegurku. Allah sedang memperingatkan aku.
Betapa aku salah dalam percaturan ini.
Dia ummi aku, aku tak layak untuk merajuk.
Menghitung kebaikan ummi sepanjang hayatku, pasti aku akan kesal dan tidak akan mahu merajuk lagi,
Ah. Siapa aku untuk merajuk?
Tak layak dan tak patut sama sekali.
Syukur.
Setelah membaca surat cinta itu, hatiku jadi tenang, reda dari merajuknya.
Ku temui ummi, ku tenung matanya...
ku peluk ummi erat2...
"ummi, humaira salah dan maira da buat silap...maafkan humaira ya..."...ummi senyum lalu pipi ku di cium.. "mcm budak-budak kan? " ummi sempat seloroh...
kata-kata ummi tenggelam dalam esakan ku..
Teresak aku menangis.
Allah. Terima kasih atas teguranMu. (
Aku terdiam.
Mengesat air mata yang masih bersisa.
nikmat manisnya rasa berTuhan adalah sesuatu yang sukar untuk ditafsir,
hanya mereka yang merasa akan faham,
kan?
Jangan berhenti membaca surat cinta dari Allah.
Ulang dan ulang selagi termampu!
okeh...isyak sudah.... jom semua...