Apa lagi yang saya mahu?




Allahu Allah. Segala puji bagi Allah...

Terasa SANGAT-SANGAT bersyukur kerana saya 'dihantar ke dunia' sebagai seorang perempuan.

Maha Hebat Allah. Sayangnya Dia kepada saya, menjadikan saya perempuan dan memberi nikmat paling besar yakni Nikmat Iman dan juga Islam.

Apa lagi yang saya mahu?

Ternyata, saya tidak layak untuk mengeluh sedikit pun atas ujian hidup yang menimpa diri.


Berfikir tentang kebesaran ciptaan Allah itu membuat hati saya jadi terlalu sensitif.

Allahu Allah...


“Tidak Engkau ciptakan akal fikiran kepada kami melainkan untuk berfikir kebesaranMu & kekuasaanMu!”


Ah. Jiwaku jadi begini,
hanya kerana,
aku melihat pokok!

(Monolog)
Allahurabbi.
Ku balut rasa ini dengan segenap jiwaku,
Subhanallah.

Tenangnya membahagiakan,
sungguh tidak ku sangka,
hanya disebabkan,
aku melihat pokok di hari itu,
Engkau salurkan rasa yang tidak semua hambaMu mampu rasa.

Ya Allah.
Nikmat rasa ini terlalu membahagiakan....


Jangan Tanya sama pokok. Tapi, Tanya pada Allah. :)
 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.