DEAR MY SELF N MY UKHTY.....
Don't be jealous of other people's sins, be thankful that you're not doing the same mistake. Do not boast about your wrongdoings, repent to Allah instead...
PRAISE ALL TO ALLAH..... :)
*Jika kita tidak serius dalam meminta kepada Allah, adakah Allah akan serius dalam memberi kepada kita?
Mencintai seseorang adalah satu fitrah. Sama seperti fitrah manusia yang mahukan makanan.
Kalau makan, kita tak boleh makan berlebih-lebih sangat. Nanti sakitnya macam-macam. Dan kalau makan, kita juga tak boleh makan sebelum lapar. Masa diri masih kenyang, kalau kita sumbat juga dengan makanan juga, memang meranalah jasad.
Samalah dengan mencintai seseorang.
Jangan berlebih-lebih, nanti 'sakit'.
Juga, janganlah mencintai orang sebelum masanya, nanti mudaratkan diri.
Sebelum masanya?
Ya. Jika belum bersedia untuk bertanggungjawab.
Kerana itu ana sudah merasa puas dengan doa dan harapan pada Dia. Sebab ana tahu, usaha ana buat masa ini ialah dengan bersabar, berharap pada Dia, dan mempersiapkan diri.
Dan usaha dia selepas dia sedia ialah jumpa ibubapa ana.. :)
Tapi itu bila?
Wallahua'lam. Mungkin ana mati dahulu sebelum kahwin....
~Kerana bidadari syurga itu, sekali matamu berkelip dari menatap wajahnya, maka berkali-kali dia lebih indah dari sebelumnya... take note tis... :)
anti sedih? ente anxious? Carilah Allah dan istiqamah apabila anda sudah berjumpaNya. Konfem sampai mati tak sedih dah! ;D (46:12)
No one is perfect, that's why pencils have erasers.
EVERYTHING BACK TO ALLAH....
2 comments
buat diri ini tersenyum leber-lebar
Assalammualaikum, ku segan bila ku fikirkan ku tak pernah berdoa memohon untuk mendapatkan cinta Allah. Ku segan bila ku tak pernah menitis air mata bila memikirkan dan merindui Rasulullah. Ku segan bila ku tak kasih ibuku seperti ibu kasihkan aku dulu. Ku segan bila ku tak cukup ambil perhatian kepada adik beradikku...maka bagaimana ku nak mencintai seorang gadis dengan keadaan ini?. maka biarlah aku penuhkan cinta aku terhadap mereka dulu...Dan bila ku dah curahkan semua cintaku pada mereka semua dan jika ku masih merasa sunyi lagi, maka masa tu baru ku tahu dah tiba masanya ku cari teman hidup....maka penuhkan masa single kamu dengan cinta yang patut didahulukan...
I.Y.