assalammualaikum.......tetiba,,,teringat saya pada seorg ukhti yang selalu berpesan pada saya waktu saya di kampus katanya “ enti tau tak, setiap hembusan nafas kita yang keluar ini Allah akn Tanya untuk apa ia telah digunakan, setiap kali kita menghembus nafas, setiap kali Allah akn tanya”..mashaAllah, ketika itu hati saya takut bila memikirkan setiap saat yang saya lalui andai saya lalai ingat Allah..Allah mintak tanggungjawab dan sampai sekarang saya ingt kata-kata dari ukhti tersayang.
Saya dimana-mana sahaja, jika ade sesuatu Allah ajar saya, time tu jugak ingin saya kongsikan, ketika itu jugak idea mencurah-curah.tapi saat didepan laptop, saya tak tahu pula nk start dari mana untuk mulakan langkah bicara. Mungkin bnyak sgt idea yang terpendam dan terendam sehingga tak terluah. Dan itu memang saya akui, setip kali saya ingin menulis, kadang2 saya nak tulis cerita lain, tuptup jadi tazkirah tajuk lain. Saya pun pelik, tapi saya yakin semuanya ketentuan Allah, kita merancang nak tulis, nak kongsikan sesuatu tajuk, akhirnya idea lain yang keluar secara tak sengaja. Semuanya bawah kuasa Allah, saya sebagai hamba yang lemah sahaja hanya mampu melakukan yang terbaik.
inshaAllah, nak kata masa sekarang free, saya percaya saya tak pernah free..dan saya tak suke hidup dgn masa free krn banyaknya masa free itu membuka peluang untuk si syaitan menghasut, membuka ruang utk isi dgn perkara yang tidak berfaedah. Membuka lembaran untuk diisi dgn cinta dunia. Saya takut andai itu benar2 terjadi, saya takut menjadi org yang Allah sebutkan sebagai golongan yang rugi dan menzalimi diri sendiri. Kerana itu saya suke untuk mengajak sahabat2 diluar sana untuk sentiasa memperingati mati, kerana apa, mengingati mati ini sgt berkesan dlm menguruskan masa. Kita akan fikirkan dosa dan pahala, kita akan fikirkan azab2 kubur yang sdg menanti, kita lebih terfikirkan bahang api neraka yang memanggil2 kita. Takut bukan? Baru kita sedar bahawa, kita sudah tidak punya masa lagi untuk berlengah dlm beramal, kita tidak boleh berlengah lagi dlm bertaubat. Jika masa kita dihentikan saat ini, apakah bekal yang ingin kita bawa? Mari fikirkan bersama..
cuti sem 4 bulan yang cukup lame ini akn saya manfaatkn dgn full prestasi. Meningktkn amal2 yang membuatknkn Allah makin sayang..membuatkn hati ummi ayah berbunga melihat anak yang ditarbiah. Yang penting pulang kerumah bukanlah tiket untuk saya berhenti rehat sewenang-wenangnya, murrobi saya selalu berpesan..”ingat, balik rumah dakwah family jgn lupe”..murrobiah yang silih berganti, dan setiap murobiah tidak lupe untuk memperingati hal yang sama setiap kali balik rumah.
Sahabat2, sudahkan sahabat2 merancang waktu cuti ini untuk buat apa? Saya teringat akan seorg ukht ketika kami berbual dlm bas, katanya “ ana cuti ni nak buat jadual, enti boleh suggestkan apa yang ana boleh buat cuti 4 bulan ni?’..semangat sungguh dy, satu sikap yang saya mesti contohi menguruskan masa2 yang ada, menikmati waktu2 terluang dgn kebaikan. Saya kata padanya,” mungkin kerja, isi waktu yang ade dgn bace buku, pergi daurah”..tpi sebenarnya bnyak saja perkara yang boleh kita jadikn amal kebaikan, caranya mudah sahaja niatkan segala perkara baik yang kita buat kerana Allah. Maka bermanfaatlah jadinya, tak rugi masa kerana dpt pahala dgn mudah. Senang bukan?
Ayuh menikmati sisa2 kehidupan dgn amal soleh..yang mampu mendekatkan diri kita dgn Allah..
Itulah manusia, kerana itu Allah s.w.t berfirman, tetaplah memberi peringtan, krn sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi org mukmin. [az-zzariyat : 55]..
amin yarabbal alamin,,,,,,,,