catatan hati.....


Assalamualaikum....

Catatan Hati.....


:-)...kdg2 kita lemas dgn hati sendiri..kita lemah sgt2...mohon pd ALLAH... Agar hati mampu dijahit kembali untuk melengkapkan nilai hati di pandangan Allah. Biarlah ia tetap menjadi hati yang tawadhuk kepada Allah, Sang Pencipta. Biarlah ia asyik saat bertemu dengan Penciptanya. Biarlah ia syahdu melepaskan rindu dengan Penciptanya. Biarlah ia meluahkan bicara segalanya pada Pencipta...

Robeknya hati kerana rasa kecewa apabila patah hati. Kita mungkin menyerahkan hati yang rapuh kepada Pencipta.. kerana telah robeknya hati kita…

Terlalu jauh dengan hati ini dengan hati yang diberi Sang Pencipta. Apabila saat rindu bukan lagi pada saat berduaan di malam hari… merintih dan menangis…

Robeknya hati apabila rindu dibahagi-bahagi pada manusia yang tidak halal dirindui. Bagaimana mahu dibaiki lagi?

Soal hati…

Biarlah Allah yang menentukan…kerana hati ini belum tentu lagi suci untuk pencinta syahidMu…

Soal hati…

Biarlah ia rahsia antara diri dan Sang Pencipta kerana Dia lebih tahu yang terbaik buat kita.

Soal hati…

Usah dibicarakan andai masih di awangan. Kerana kita takut ia menjadi petanda gelapnya hati, terhijab segala kebaikan, terhijab segala kata-kata kebaikan.

Soal hati…

Biarlah ia tetap di dalam hati. Agar hati mampu dijahit kembali untuk melengkapkan nilai hati di pandangan Allah. Biarlah ia tetap menjadi hati yang tawadhuk kepada Allah, Sang Pencipta. Biarlah ia asyik saat bertemu dengan Penciptanya. Biarlah ia syahdu melepaskan rindu dengan Penciptanya. Biarlah ia meluahkan bicara segalanya pada Pencipta.

Agar tiada lagi fitnah hati yang akan terus menggelapkan hati..



bila iman kata insya ALLAH...maknannya iman berjanji dlm keadaan beraqidah dlm hati tu...tak akn kita dpt lakukan kecuali jika di izinkan oleh ALLAH...tiada ada apa2 pd kita...cuma kita perlu usaha sbb dunia ni dunia bersebab utk dptkn sesuatu..:-)


Marilah kita bersihkan hati..Hiasilah dengan sifat ketuhanan sehingga ALLAH membersihkan hati kita dengan pengukuhan, keyakinan bahawa DIA adalah pembekal semua yang ada didunia; kasih sayang, perhatian, pertolongan, bantuan, cinta, kebaikan dan kebahgiaan....


Amin Yarabbal Alamin....

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.