Ana tersentuh sangat bila tengok video ni...
Orang kata air mata lelaki ni mahal. Mungkin.... sebab diorang ni susah nak nangis.
Kalau nak nangis pun they make sure orang tak tahu or tak nampak.......betul ta...?
"Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.
Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.
Kenapa lelaki menangis?
Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:
Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
Ibu atau bapanya meninggal dunia.
Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.
Inilah sebaik-baik tangisan. ...