Pesan pada hati…
Apa yg harus diucapkan ya….minggu ni minggu exam..minggu perjuangan..kwn2 sume study sungguh2…bagus!..semoga berjaya fi dunia wa al akhirat..selamat menjawab exam dgn sempurna..=)..
Monolog dengan hati :
Lantaran aku terlalu perahsia orang nya..aku terpaksa bermonolog dengan hati..berdialog dengan hati..kerana, hati sentiasa bersama ku..dan aku percaya hati juga bermonolog dengan ku..melalui cara2 nya tersendiri…
Hati oh hati…
Sejak akhir2 ini..terlalu cubaan dan dugaan yg kita hadapi bukan..?, syukran ,kerana engkau tidak bosan untuk terus mendengar rintihan ku…aku menjadi tuan mu sudah hampir 26 tahun..hati, adakah kau bahagia bersama ku..adakah aku menjalankan tugas ku dengan sepenuh hati mu…
Aku ingin membersihkan kamu (hati)..dengan sedaya mampu ku..dengan penuh usaha ku..hati ku…maafkan aku, sekiranya aku melalaikan mu..adakalanya, keghairahan ku terhadap dunia menyebabkan kamu terbiar seketika…namun, ALLAH masih menyayangiku..lantaran, Dia menggerakkan mu supaya menegur ku..bisikan mu benar2 membuatku tersedar dari lamunan ku…hati..kau mesti hidup selagi aku masih bernafas…
Qalbi yang amat aku sayangi..
Sungguh..!,aku adalah tuan yg hina dan kerdil akhlaknya…adakalanya, aku suka memarahi mu kerana menasihati aku..bagi ku, aku adalah tuan mu, dan kamu adalah pengikut mu..aku raja dan kamu adalah hamba..maka, secara ironinya, kamu yg harus mentaati ku..tetapi, sangkaan ku meleset sama sekali…hati..kamu sungguh suci..warna mu melambangkan keberanian menolak perkara2 yg mazmumah dan meresap perkara2 mahmudah..
Hati..kamu sangat berharga..sungguh!..ketika aku sujud pd ALLAH, kamu juga mengikut aku sujud kepadaNya..tika aku sedih..kau juga sedih..tika aku gembira, kau juga meraikannya..tapi, aku sedari, tika aku membuat sesuatu keputusan..aku harus mengambil kira..antara nafsu dan iman…
Hati, sungguh!..ku akui anugerah ALLAH sgt bermakna bagi ku..mujur, ALLAH telah memilih mu untuk meneguhkan iman ku..aku sbg tuan mu, berterima kasih kepada mu…semoga, ALLAH merahmati kita ya qalbi ku..aku sungguh syg pd mu wahai qalbi ku..lantaran, aku mahu kau juga sentiasa menyedarkan aku tika dilema dan lalai dengan percaturan dunia…
Hati..tekad ku..akan ku cuba sulam cinta kita ini hanya kerana untuk meraih redhaNya..adakah kamu ingin terus bersama ku…aku mohon kamu jgn mati…akan ku cuba dengan sedaya upaya ku mengikis bintik2 hitam yg terdapat pada mu..aku akn berusaha sedaya mampu, namun, aku perlukan kamu untuk terus menyedarkan ku..
Hati ku…pemilik mu adalah ALLAH…Dia adalah tuhan mu dan juga tuhan ku..mari..kita sama2 menyembah ALLAH…semoga segala khilaf dan dosa2 yg lampau akan diampuni oleh Nya..hati..akan ku cuba untuk mengenali mu dengan lebih mendalam..melalui pembacaan kitab dan buku tentang tazkiyatun qalbi…
“Orang-orang yang berjihad kerana Aku, nescaya kami bimbing mereka ke jalanku” (surah al-ankabut : 69)
Hati..kamu adalah amanah buat ku..