kau ......hadiah dari ALLAH~



Hidup mmg penuh dugaan dan cubaan…hanya mereka yg benar2 kuat shj yg mampu mengharunginya..hanya mereka yang bersabar shj yg mampu bertahan hingga ke akhirnya..secara individu, aku berasakan hidup ini penuh uniknya…benar..adakalanya, kita terlalu gembira dengan orang yang kita sayangi..tetapi, kemudian, hubungan itu diuji oleh Nya..hubungan yang mesra itu diuji oleh ALLAH..untuk menguji rabitah hati kami..samada sudah benar2 terikat @ masih longgar..
Kebelakangan ini, aku menikmati kasih syg seorang sahabat dengan enaknya..sungguh! ,aku syg pdnya..aku menyayanginya kerana dia merupakan salah satu  jalan untuk aku lebih mencintai ALLAH..aku sedar, kerana kehadirannya, adalah pelengkap kepada kekurangan ku..lantas, aku ingin menyayangi sahabat seperjuangan ini adalah kerana cinta ku kepada ALLAH..tiada niat selainnya..
Terus terang ku luahkan…aku tidak punya langsung keistimewaan..malah, aku punya banyak kelemahan..sungguh!,aku percaya..ini semua adalah hadiah dari ALLAH..maksudku..kelemahan ku ini adalah hadiah dari ALLAH..agar kelemahan ini menjadi kekuatan ku untuk terus hidup di bumi ALLAH..Aku percaya kelemahan ku ini pasti punya hikmah disebaliknya…
Adakalanya, tarbiah ini buat aku jadi manusia yang lupa bahawa ALLAH itu Maha Adil..Maha Perkasa..sungguh!..aku ingin cintai ALLAH melebihi aku mencintai hambaNya..lantas, aku cuba menjadikan tarbiah sebagai hadiah dari ALLAH..seorang sahabat dari alam maya memberi nasihat kepada aku..”cinta ALLAH kepada hambaNya melebihi  cinta seorang ibu kepada anaknya..”..tegurannya membuat aku tersedar, bahawa, aku ini hamba yang bertuah..diuji berkali-kali sebagai penguat dan peneguh kepada iman ku yang lemah ini..
Bermonolog dan berdialog dengan hati dengan penuh berhati-hati. Hati ini sering memberontak, minta dilepaskan sahaja perasaan amarah ini..astaghfirullazhim..pujuk lah hati ini selagi mampu..hati ini perlukan imunisasi yang kuat..dos-dos yg diperlukan adalah sabar dan taqarrub billah..aduh!..perhatian ya…taqarrub billah bukan sahaja dari segi solat ,puasa dan zakat sahaja…bahkan, mengeratkan silaturaahim  kerana cinta kepada Nya..juga salah satu cara untuk lebih mencintai ALLAH..
Ya ALLAH, aku redha jika ini tarbiah kasih dari Mu..penguat iman ku..penguat kesabaran ku..penguat hati ku..aku hanya ingin redha Mu..aku hanya ini meraih cinta Mu..Namun, sekiranya aku tersungkur lagi, bangunkanlah hati ku..bersihkanlah hati ku…denyutkanlah nadi ku dan jantung ku dengan menyebut nama Mu..sungguh!..aku insan lemah..justeru, aku  tagih redha Mu..~~~~..

:: duhai akhy , sungguh..aku mencintai Mu kerana kamu merupakan salah satu jalan untuk aku lebih mencintai ALLAH....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.