Jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya.
Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu.
Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri.
Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian.
Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit.
Ya Allah.......dengan izinMU telah banyak yang aq lalui,hingga pernah resah jiwa ini, hingga pernah gelisah hati ini,cinta dunia pernah merantai hati,walaupun tidak pernah aq zahiri dalam sederap langkah perjalanku. Jika dulu telah Kau izinkan aq merasai kehangatan kasih dalam alpa,jika dulu Engkau benarkan aq menikmati rindu adam kepada hawa,dan jika dulu Engkau biarkan aq didalam bahagia yang sementara,cukuplah Ya Allah.........Krna dibalik semua itu aq pernah kehilangan cintaMU,pernah gersang jiwaku,pernah tandus Imanku,derita itu merobek ketenanganku,hatiku yang telah retak semakin retak,sholatku tiada lagi khusyu'nya, rukukku tiada lagi ikhlasnya,dan sujudku bersama fikiran yang melayang entah kemana,tahajudku sudah tiada lagi seringnya,munajatku sudah hilang air matanya,sedangkan imanku lunglai tak berkata-kata,,
Ya Allah.....setelah semua itu aq lalui dengan penuh susah payah,kugagahi jua langkah lemah ini, berbekal harapan yang tidak pernah mati,akhirnya kutemui cintaMU yang hakiki, manisnya kurasai,bahagia dan ketenangan abadi,bersama setiap sedutan nafas,beriramalah tasbih,tahmid dan takbir,hati ini jadi bahagia mengingatMU,Engkaulah kekasih dan cinta hatiku,sekalipun tidak aq merasa kecewa karena dikecewakan,bahkan hati yang retak kembali pulih,hati yang merana kembali damai,hati yang sirna kembali meyinar,syukurku padaMU atas karunia,nikmat rasa cinta yang cuma sedikit padaMU ini jangan Kau lenyapkan,jangan Kau kuburkan,tapi suburkanlah cintaku padaMU.....
Ya Allah,biarkan hati ini terus berharap, berpaut dan bergantung padaMU,kurniakan padaku
aminnn ya rabbal alamin......
1 comment
yang jelas kita harus tabah mengadapi cobaan ini,,dan pasti indah pada waktu_nya,,
bertawaklah dan ikhlas,,maka allah memberikan jasmani dan rohani kita sehat,