SEBARKAN: Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini.



SEBARKAN: Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini  Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan.

Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.


Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan Citta Mall.

Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal.

Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam.

Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

5 Disember 2013 pada 7:58 PTG

Llahhu..menakutkan betul...A

6 Disember 2013 pada 12:50 PG

jenayah berleluasa, tak kira bangsa, umur, jantina dan kaum... macam takde polis, berani betul... pelik la, pelik...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.