Punca Pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik.



Ramai yang terkejut dengan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik yang dilaporkan maut ditembak oleh seorang lelaki semalam. Kejadian berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Paling memeranjatkan ialah, ada yang mengatakan pembunuhan Allahyarham Ahmad Raffli sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan penguatkuasa JAIP yang sebelum ini dilihat begitu aktif cuba membanteras perkembangan ajaran sesat Syiah di negeri itu.

Menurut sumber polis, tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut dan dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa. Suspek juga dipercayai memakai pakaian jubah berwarna hitam dan berkopiah.


Analisa awal mengatakan berdasarkan warna pakaian yang digunakan, ada asas untuk mengaitkan pembunuhan tersebut dengan ajaran sesat Syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini. Malah usaha proaktif yang dijalankan mangsa terhadap ajaran sesat Syiah, juga dikatakan sebagai punca utama menyebabkan kemarahan pengikut fahaman tersebut yang akhirnya menyebabkan mereka cuba mengambil pendekatan mudah dengan membunuhnya.

Ini kerana pengikut ajaran sesat Syiah dikatakan amat menyukai warna hitam berbanding warna-warna lain, kerana ramai di kalangan ulama besar ajaran sesat itu sering menjadikan warna hitam sebagai warna rasmi mereka. Malah terdapat beberapa kes, di mana pengikut ajaran sesat itu yang meninggal dunia dikatakan turut dikapankan dengan kain yang berwarna hitam yang dibeli dari Iran.

Seterusnya ketika PRK Sungai Limau baru-baru ini, banyak kelihatan bendera Pas yang dikontraskan dengan latar belakang berwarna hitam. Sedangkan kebiasaannya Pas hanya menggunakan warna hijau-putih sebagai bendera rasmi mereka. Bagi mendapatkan kepastian beberapa orang penduduk tempatan yang ditemui mengatakan bendera yang berwarna hitam-putih itu telah dipasang oleh penyokong Pas yang berfahaman Syiah.

Paling menarik, Harakahdaily yang merupakan media rasmi Pas ketika melaporkan pembunuhan ini turut menyatakan Allahyarham Ahmad Raffli dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang. Seolah-olah bersetuju dengan andaian ia mungkin berpunca dari pengikut Syiah. Tidak cukup dengan itu, ruangan komen yang dikirim pembaca di dalam portal tersebut turut merasakan Syiah mungkin dalang di sebalik pembunuhan ini.

JAIP sebelum ini dilaporkan telah menahan seorang imam 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran sesat Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur, Muadzam Shah. Hasil maklumat awam, serbuan yang dijalankan berjaya merampas beberapa buah buku berkaitan Syiah selain tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu turba dan sehelai kain kapan yang digunakan penganut ajaran itu.

Di dalam serbuan tersebut, JAIP turut menangkap seorang peneroka yang berasal dari Kelantan di Felda Selancar 1 kerana dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun dan menjadi imam di masjid ladang di situ lebih 20 tahun lalu.

Kesemua alatan dan barangan berkaitan Syiah itu diperoleh oleh imam berkenaan ketika mengikuti lawatan ke Iran empat tahun lalu. Sebelum menyertai Syiah, lelaki tersebut dipercayai telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan Syiah di beberapa buah lokasi antaranya di Gombak, Selangor dan Segamat, Johor. Kerajaan negeri Pahang pada 12 September yang lalu telah mewartakan pengharaman ajaran sesat Syiah di negeri itu.

Selain Syiah, Allahyarham Raffli turut dikatakan sedang mengendalikan sekurang-kurangnya 2 kes besar yang melibatkan kes TUHAN HARUN dan OPERASI KELAB MALAM. Pada 12 Mei lalu, beliau telah membuat sidang akhbar berhubung pemburuan seorang ketua ajaran sesat, HARUN MAT SAAD dan para pengikutnya setelah mereka gagal tampil di mahkamah untuk dibicarakan.

Harun sebelum ini didakwa kerana menyebar ajaran sesat dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan Harun atau Tuhan 2013.

Kesimpulannya, sama ada Syiah benar-benar terlibat atau tidak dalam pembunuhan ini, biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap mereka yang bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan.


AL-FATIHAH.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

12 November 2013 pada 9:32 PG

dgr juga, tapi hnya desas desus.. tak tahu sjauh mana kebenarannya..

13 November 2013 pada 1:20 PG

Alfatihah... semoga arwah ditempatkan di kalangan golongan yg beriman.. aminn

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.