Bukti Penahanan Pembunuh Norazita Abu Talib : Gambar terkini wajah suspek tembak mati Pegawai Bank Ambank direman 7 hari,Jadikan Rumah Kosong Lokasi Persembunyian.


SUSPEK yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank AmBank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, di bawa ke Mahkamah Petaling Jaya selepas berjaya diberkas di Kota Tinggi, awal pagi tadi.

Bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap seorang lelaki di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada jam 7 pagi tadi, demikian menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Pihak polis percaya dengan penahanan suspek utama ini, kes berkenaan berjaya diselesaikan,” katanya.


PETALING JAYA: Pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu tiba di Mahkamah Majistret di sini untuk direman bagi membantu siasatan.

Suspek tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 3.18 petang dengan kawalan ketat pasukan polis yang membawa senjata berat dari Kota Tinggi, Johor, lokasi di mana dia ditahan.

Suspek dikenali sebagai Ardi Hamza direman 7 hari bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah reman itu dikeluarkan pada pukul 3.40 petang ini oleh Majistret Nazri Omran di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.



TAHNIAH!

KUALA LUMPUR: Suspek yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter Rasmi beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya suspek berkenaan.



suspekambank2

Suspek Bunuh Pegawai AmBank Jadikan Rumah Kosong Lokasi Persembunyian.

Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.

“Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

“Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran,” katanya.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi Ahad.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau pada Ahad, memaklumkan bahawa suspek ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.

Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000. - BERNAMA

notakaki- Kami mahu Hudud ...Terlalu banyak jenayah sekarang ..
Setiap hari ada kes bunuh , kes culik , kes rompak , kes rogol , kes tembak , kes tetak
Undang-undang manusia gagal menangani nya ..
Sedar lah semua ..
Murka Allah kini mengatasi Rahmat NYA ..

Allahu Rabbi ...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.