KS BAWANI Dilabelkan Sebagai Kurang Ajar.







KUALA LUMPUR - Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak kesal dengan insiden membabitkan mahasiswa pusat pengajian itu dan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M),Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang heboh diperdebatkan sekarang.

Akur soalan yang diajukan oleh KS Bawani agak kasar bunyinya, SharifahZohra juga katanya, boleh memilih untuk menjawab secara profesional dan berhemah.

"Apa yang berlaku itu saya agak kesal kerana cara soalan itu dikendalikan, saya rasa boleh dengan cara yang lebih baik, cara soalan itu dijawab juga agak keras dan agak kasar, agak kurang sesuai.

"Saya terkilan dengan pendekatan dia menjawab soalan yang saya kira agak kurang profesional lah," ujar beliau di sini semalam.

Video klip Bawani yang heboh dibincangkan di laman sosial dan dimuatnaik di Youtube mengundang reaksi pelbagai pihak yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap jawapan dan tindakan Sharifah Zohra.

Ramai juga yang menulis pesanan di laman sosial masing-masing dengan mendahului atau mengakhirinya dengan perkataan "listen!" sebagai protes terhadap perbuatan itu.

Selain itu, ada juga pihak yang melabelkan Bawani sebagai kurang ajar apabila mengajukan soalan sedemian rupa dan tidak berhenti bercakap meskipun sudah diminta berbuat demikian.

Menurut Mustafa, soalan diajukan Bawani itu juga telah melepasi waktu sesi soal jawab, sebaliknya ketika itu sedang berlangsungnya acara cabutan bertuah.

"Masa soalan sudah habis sebenarnya tapi dia bercakap tak berhenti-henti. Panel itu cuba memberhentikan dia tetapi tidak berjaya. Jadi sebab itu berlaku seperti pertikaman lidah," jelas Mustafa.

Memandangkan tindakan Sharifah Zohra itu telah mengundang kegelisahan banyak pihak, kata Mustafa, beliau mengesyorkan supaya beliau melakukan sesuatu untuk meredakan keadaan.

"Pada saya itu masalah speaker dan pelajar berkenaan, jadi terserah kepada speaker itu, apa beliau hendak buat. Saya tak boleh cakap apa-apa sebab dia bercakap bagi pihak dirinya. Mungkin dia boleh lakukan sesuatu... ," katanya.

sumber
***
Pembodohan adalah jenayah memusnahkan bangsa.


Tidak ramai org yang ada semangat dan keberanian dalam menegakkan kebenaran sebegini- maka ia wajar untuk di puji - <<masih seputar isu yg sama>> 

Saya berniat untuk tidak mengulas lagi isu ini, letihhh..huh.. tapi ternyata ia masih hangat diperkatakan.
Pelbagai perspektif dan pandangan timbul.. ramai yg sokong dgn keberanian miss bawani, tapi begitu lumrah pasti juga ada yang mengutuk.

Saya,
Berusaha sehabis daya untuk bersangka baik, berfikir positif dari perspektif yg lain, namun akal waras ini masih tidak mampu mencari dimana relevansi tindakan lancang moderator tersebut. Ditambah pula dengan kronologi berlangsungnya program yang penuh dengan unsur "meragukan" dan pengisian program yang sarat dengan doktrinisasi satu pihak. Sampai bila pun akal waras ini tidak akan menerima bentuk doktrinisasi yang menutup ruang untuk berfikir dan menilai mana yang betul.

saya nak nilai galaxi note tu untuk tampung bayar yuran saya meneruskan pembelajaran di sini, saya janji habis pengajian ni nanti saya tidak akan menentang kerajaan... SEKIRANYA pihak KERAJAAN akan BERUBAH sikap kezaliman ini kepada sifat fitrah KEADILAN seperti yang di tuntut oleh ISLAM.

Wallahu a'lam- tidak ada kaitan dengan mana-mana binatang jinak mahupun buas.

Notakaki- demam listen sekarang ni..kita bleh mengubahnya, pada masa yang sama kita ni kena pandai tackle suasana..pada masa yang sama kena la profesional..akhlak seorang daei tak sepatutnya mcm tu,tambah-tambah plak selama ni kita yg duk menuntut sesuatu yg bersih..tp kita yg faham ni takpalah..kebanyakkan mereka yg duk ejek-ejek mcm tu bagai,mungkin sebenarnya ia terzahir dek kerakusan dan kezaliman pihak sana juga,mereka rakyat marhein yang dah lama bersabar dgn kezaliman rejim BN ni,mgkin ni salah satu cara mereka ekspresi apa yg selama ni mereka tanggung..mungkin cara mereka nak smpaikan rasa meluat mereka tersebut. tak semua rakyat yg tuntut bersih tu,yang sokong PR tu duk ikut usroh mcm kita,duk blajo bab akhlak para daei,duk tadoh kitab sebab tu kita yang faham ni  tak payah la duk pulun nak buat mcm tu, dan cuba cari metod nak fahamkan plak yg duk buat macam tu..apapun, kita pun kena memahami metod depa..raikan tapi pada masa yang sama fahamkan..dalam suasana nak menghadapi pru ni apapun kita kena cerdik,jgn cepat melatah.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

18 Januari 2013 10:35 PG

Bila politik menyerang minda pelajar tak mustahil ini semua terjadi. Dua ideologi yg berbeza dgn masing-masing ingin bersuara jadilah begini.

18 Januari 2013 11:50 PG

bagi sy bawani sgt berani. sgt2 menghargai apa yang cuba disampaikannya

18 Januari 2013 11:53 PG

Mereka tak sedar ada pihak yang bertepuk tangan tengok benda ni berlaku....

Tanpa Nama
19 Januari 2013 10:29 PTG

xnk ckp lbih psl perkara ni..yg psti Bawani sptutnya ckp lah dgn sopan dan tlg respect org yg lbih tua...
mst nti ade org len yg suke bile 2 kaum ni bertlingkahn..
muge dijauhknlah..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.