Raja Harimau



Hikayat Sang Harimau

Alkisah, di tanah Semenanjung sana, ada segerombolan harimau.
Dahulunya, mereka ganas, mereka gagah, gah di mata dunia.
Namun walau tinggi manapun mereka jejak, ada juga pasak turunnya.




Kini mereka kembali menyeringai.
Kembali menampakkan taring.
Kembali sasa, menggerunkan yang lain.


Namun si Raja Harimau itu kecil sekali hatinya.


Meriam Inggeris singgah bertandang.
Dilihat sebagai ancaman.




Para pengkaji dan peminat meriam antik tersentak, geram dengan
reaksi kurang menyenangkan yang ditunjukkan oleh sang harimau.
Apatah lagi mereka itu sendiri penduduk tanah air Semenanjung sana.


Sang burung merah pula hinggap di pelabuhan.
Kagum penduduk setempat melihatnya, sedang sang burung merah itu
sangatlah jarang dijumpai, hanya didengar khabar daripada si pelayar.




Si Raja Harimau mengaum lagi.
Marah dek perangai yang ditunjukkan rakyat jelata.
Sudahlah hidup bertandang, lagikan menagih perhatian sang burung.




Kononnya dilupakan tanah air.
Kononnya dilupakan, sang harimau itulah khazanah tanah air mereka.


Padahal sang harimau itulah yang hidup selesa,
tidak diganggu habitatnya, malah disanjung lagi atas keberaniannya.


Dengar khabarnya, singa dari Eropah pula akan kunjung tiba.
Si Raja Harimau, mahukah mengamuk lagi?
Singa itu bukankah musuhmu dan saudaramu di Savanna itu?


Ah persetankan semua itu, itu semua telunjuk SYAITAN!





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

7 Ogos 2012 pada 7:17 PTG

Yeker harimau dari eropah akan berkunjung tiba ?

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.