Rindu padaMU~




Semalam

Aku bertemu mengadap Mu lagi

Biarpun di malam sunyi dan sepi

Ketika hati ini gundah gulana

Memikirkan diri seakan semakin jauh

Semalam

Aku penuhi malam penuh irama sahdu

Menyatu hati mengait bicara

Walau kadang hati tersentuh

Namun kerana rindu dan cinta itu

Malam itu ku lalui dengan bunga-bunga kasih padaMu


Hari ini

Ku datang lagi

Membawa rindu sedih itu agar terus pergi

Namun menanggung rindu itu yang lebih berat

Menghadiahkan ciuman kasih Mu yang sarat

Membuat rekahan luka yang dalam akan terubat

Esok

Aku harus sedia mendepaninya

Kerana akan ada lagi kasih Mu disitu

Kerana akan ada lagi rindu dihati ini......

amin yarabbal alamin.......


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.