cinta antara kita.......







Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Lirik Alyah – Kisah hati (OST – Stanza Cinta)


assalammualaikum......... apa khabar sahabat sahabiah semuanya....? harap sihat di bawah lindungan ALLAH ya....

nak cakap sikit tentang
CINTA hari nie...boleh ta..?

CINTA nie fitrah manusia....ta boleh nak tolak ta boleh nak tepis....cuma satu saje ubatnya iaitu IMAN...

tp IMAN kejap penuh ..kejap kurang....jd bagaimana nak bagi
IMAN kita sustain in FULL OF IMAN PARAMETER.....?

Cinta dan iman adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.Kedua-duanya saling berkait rapat.Tidak akan rasa manisnya iman tanpa perasaan cinta.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw: "Barangsiapa ingin memperolehi kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah swt" (riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah).
Dari Anas ra. dari Rasulullah saw, baginda bersabda: "Ada tiga perkara di mana orang yang memilikinya akan merasai manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya dia dilemparkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda: "Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai" (HR Muslim).



Cinta menurut pandangan Islam adalah suatu perkara yang dibenarkan.Islam adalah agama fitrah dan cinta itu adalah fitrah manusia.Islam tidak melarang seseorang untuk mencintai dan dicintai.Rasulullah menggalakkan kita mengucapkan cinta itu.


"Apabila seseorang itu mencintai saudaranya hendaklah ia memberitahu bahawa dia mencintainya" (HR Abu Daud dan Tarmidzi)
Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai malah adalah sangat digalakkan kerana terdapat beberapa kelebihan melaluinya.Islam tidak menghalang cinta dan telah disediakan saluran yang halal(iaitu bernikah) di mana sepasang manusia itu bebas bercinta.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)


"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami CintaMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mendekatkan kami kepada CintaMu...Amien"

p/s: Alfun Mabruk buat sahabat-sahabat yang telah dan bakal menyempurnakan separuh deen.Alhamdulillah, semoga Allah memberkati perkahwinan kalian dan semoga berkekalan hingga ke syurga.Mohon doa buat diri ini juga (ambil berkat dari teman-teman yang telah berkahwin ^_~).


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.