masihkah ada syurga di bawah telapak kaki ibu??






“Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya yang mengandungnya dalam keadaan lemah dan bertambah lemah, kemudian menyusunya selama dua tahun.Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku engkau akan kembali” (Luqman:14)


Salamun ‘alaik… dengan limpah izinNya, masih lagi punya sisa masa untuk meluahkan sisa rasa yang masih setia. :wink:


Sesekali hati kecil saya bertanya, apakah benar syurga itu berada di telapak kaki ibu? Kalau benar ia masih ada, kenapa terjadi pelbagai peristiwa dalam masyarakat, anak-anak membiarkan ibunya yang tua hidup bersendirian, malah lebih malang lagi menghantarnya ke rumah orang tua-tua. Ada juga anak yang tidak mengendahkan langsung ibunya, dan ada ketika tersiar laporan seorang anak tergamak membunuh ibunya kerana beberapa masalah, dari yang amat remeh ....


Malah Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Abdullah bin Abu Mas’ud: “Apakah amalan yang paling utama?” Jawab Rasullullah s.a.w: “Solat tepat pada waktunya.” Ditanyakan lagi oleh Abdullah Abu Mas’ud: “Selain daripada itu, apa lagi?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Berbakti kepada kedua-dua orang tua.” Kemudian ditanya lagi: “Apa lagi?” Baginda menjawab: “Jihad di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


saya nak kongsikan satu cerita tentang Mu’awiyah bin Jahimah as-Sulami yang telah pergi menemui baginda ..dan bertanya” Sesungguhnya saya ingin  turut serta berperang bersama ya Rasullullah, dan kedatanganku ini adalah untuk mendapatkan petunjuk. Rasulullah s.a.w bertanya: “Apakah engkau masih mempunyai ibu? Jawab Mu’awiyah, Ya, saya masih mempunyai ibu.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Kalau begitu, pulanglah. Temanilah ia (berbakti kepadanya), kerana sesungguhnya syurga itu ada di bawah kakinya.” (Riwayat Nasa’i dan Thabrani)


Jelaslah selagi ibu kita masih hidup, kita wajib melayaninya dengan baik. Tidak boleh menyakitkan hatinya walaupun kadangkala kita pernah tergores hati kerana nasihat dan kata-katanya. Kita harus memahami bahawa dalam kesukaran hidup dan kegetiran tenaga, selama sembilan bulan dia sanggup menahannya. Dia tetap bersabar, malah sanggup mengorbankan kesenangan diri semata-mata untuk membesarkan kita. Kerana dialah, kita boleh mencapai kedudukan sekarang, kerana perlindungannya maka kita tampak sihat dan sentiasa terkawal dari pelbagai bentuk ancaman. Dia sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, demi membolehkan kita membesar dan hidup berdikari sebagai seorang manusia yang normal.


Baiknya Tuhan... diberinya Ummi dan Abi yang terhebat buat diri ini....Robbana athina fiiddunnya hasanah, wa fiil aahirati hasanah, wa qiina ‘azabannar… aminn ya Allah, amin ya Rahman, amin ya Rahim, amin ya Rabbal alamin…


 UHIBBUKA FILLAH YA UMMI WA ABI.... *wink*



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.