matlamatku semakin kabur,harapanku semakin hancur,persediaanku semakin terkubur..yaAllah berikanlh yg terbaik utk ku..amin..~~~
"jgn biarkan hati2 kalian di pagari dgn Syaitan..".. nasihatmu akn ana jdkn bekalan dlm hidup ana.. .time kasih ... huhuhu..(T_T)
"klu Diam itu utk KEBAIKAN dn tidk mendatangkn KEMURKAAN Allah..yg mana kita nak pilih?"-...persoalan yg membuatkn diriku terkedu seketika..huhuhu..~~~
ANA CUBA menafikan rasa sedih itu kerana tidak mahu ia mengganggu perjalanan hidup ana yang penuh dengan tanggungjawab dan amanah.
ana juga tahu....Walau sebesar mana pun kesedihan ana, ALLAH masih ada mendengar segala rintihan ana. Siapa pun sahabat ana yang mendengar, dia tetap seorang manusia. Sahabat ana juga tidakkan mampu membantu dalam semua urusan ana. Tapi ALLAH PASTI MAMPU. YAKIN dan PERCAYALAH.
Sedih, pasti kerana banyak sebab. Walau apa pun sebab itu, ALLAH PASTI TAHU MENGAPA ANA MENGALIRKAN AIRMATA ditempat solat. Iya rakanku. AKU PERCAYA dan YAKIN ALLAH SANGAT TAHU dan FAHAM. Yang lebih penting.. ALLAH SENTIASA berada DEKAT dengan ana dan anti untuk mendengar segala rintihan kesedihan hambaNya.
Jika ALLAH YANG MAHA MULIA, YANG SATU-SATUNYA LAYAK DISEMBAH, mendengar dan memahami kesedihan kita.. Adakah ia tidak cukup untuk mengembirakan kita?
Umpamanya, seorang rakyat yang miskin, hina dina, tidak empunya apa-apa datang mengadu kepada perdana menteri yang jadualnya sibuk sepanjang tahun. Dan perdana menteri tersebut meluangkan masanya untuk mendengar segala aduan rakyatnya. Alangkah gembiranya rakyat tersebut. Lebih-lebih lagi jika perdana menteri telah menjanjikan suatu tindakan untuk membantu.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa, apabila dia berdoa padaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran”
Al-Baqarah: 186