TIPS Menggagalkan Halaqah
Sharing oleh seorang sister semasa daurah. Moga bermanfaat buat kita bersama. Kalau rasa nak gagalkan halaqah silalah mencuba. Huhu. Tapi bagi kita yang faham, bagi kita sangat sayangkan agama kita pasti akan cuba mengelak untuk melakukan perkara-perkara ini. insya’Allah~
Tips menggagalkan halaqah..( hopefully dun ya..rugi2 nanti....)
dari kiri...uhkty solehah..uhkty mariam....uhkty sufiah...uhkty adawiyah dan ana.... huhuhu |
- Datang lambat ke usrah dan tak tepati masa
- Tidak membuat persediaan.
- Tidak menghargai ahli usrah yang membuat perkongsian atau melakukan tugasan
- Jadikan halaqah suatu benda yang membosankan/ sebagai benda yang rutin/ tidak bervariasi hingga semua ahli menjadi jemu.
- Tidak mengambil tahu tentang masalah ahli-ahli usrah.
- Jangan bersilaturrahim dengan ahli usrah di luar halaqah.
- Usrah sekadar medan untuk seseorang bercakap. Tidak mempraktikkan apa yang diperkatakan.
- Tidak menanamkan kepentingan amal diskusi.
- Tidak mengambil tahu tentang kehadiran ahli usrah ke program atau halaqah.
^_^
Contoh paling ringkas, datang lewat ke halaqah. Dan saya sedang mencuba untuk menjaga masa sendiri supaya tak merugikan masa orang lain. Be punctual! Harus disiplin pada diri sendiri. Tapi biasala, janji melayu. Cakap pukul 9, 9.30 baru start. Haha. Satu ayat yang sangat common. Tapi kita bukan nak orang melayu. Kita semua orang islam dan dalam islam tak pernah ada istilah-istilah macam tu. So? Ask yourself. Berusaha! Jangan jadikan diri kita penyumbang kegagalan halaqah. Insya’Allah~