Quote
'Aku Cinta Kamu Kerana Allah' What are You Understand about tis?
Quote
" Sesungguhnya saya ingin bertaaruf dengan kamu kerana Allah, semoga dengan mengenali dirimu akan mendekatkan diri saya lagi kepada Allah, .... kiranya kamu ingin bertaaruf dengan saya biarlah kerana Allah, semoga dengan mengenali saya akan mendekatkan dirimu dgn Allah."
Quote
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Bg ana la,demi cintakan ana kepada si dia,ana akan berusaha menjauhinya selagi masa belum tiba.
Sehabis upaya ana akan menjauhinya.
Pendamkan sahaja dalam hati ini.
Hanya ALLAH yg tahu. CUkup.
ini dalam skop cinta berlainan jantina..
Kalau sama jantina?
Maksudnya,persahabatan yg dibina hanyalah kerana ALLAH.
Seperti di pusat pengajian ana,
bersama-sama berkongsi ilmu,berprogram,menimbulkan sayangnya kepada mereka.
Kerana apa? Kerana sayangnya yg membuahkan hasil iaitu dapat ilmu-ilmu.
Berbuka sama2,pergi dengan kuliah sama2,pergi majlis haul sama2..sangat seronok.....
Quote
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi
Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi
Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai
Kita hidup di muka bumi ini,bernafas ats kepunyaan ALLAH,minum air kepunyaan ALLAH,makan ats rezeki ALLAH
Jd,korbankan perasaan hati yg ingin bercinta sperti org diluar sana,harapkan keredhaan ALLAH yg hakiki..
insyaALLAH,akan melimpah2lah rezeki ALLAH kurniakan kepada org2 yg sabar..
Rasulullah bersabda;
'Barangsiapa yang memiliki 3 sifat ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-segalanya. Mencintai seseorang hanya kerana Allah dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila dilemparkan ke dalam neraka."( Bukhari, Kitab: Iman 1/77, No.16. Muslim, Kitab: Iman 1/66, No. 43)
FITRAH!
Apa rasionalnya topik ini dibincangkan? Ianya kerana rata-rata golongan manusia termasuk para dai'e pasti pernah atau akan merasai cinta, pasti pernah kecundang dengannya atau mungkin berakhir dengan bahagia dengan cinta.
Dari Anas ra. dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Tidaklah sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. ( al-Bukhari 13. Muslim
LAYAKKAH?
'Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri... sebelum mencintai Allah". Persoalannya di sini adakah kita sudah mencintai Allah? Mencintai Allah dalam erti kata sebenar ialah mencintai apa yang Allah cintai dan membenci apa yang Allah benci. Kita lihat kini, ramai yang sudah mencintai orang lain seawal umur darjah 5, tetapi adakah mereka mencintai Allah dan diri mereka sendiri? Jawapannya terdapat pada hubungan itu samaada ia kekal atau tidak. Cinta pada diri sendiri ialah dengan tidak menzalimi diri sendiri dengan sesuatu.
Firman Allah;
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya(Tuhan) dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (QS. 45:23)
FAHAMI!
Perlu difahamkan di sini dengan sejelas-jelasnya bahawa cinta itu ialah pertautan dari hati ke hati dan bukan seperti yang diagung-agungkan barat yang memanipulasi cinta dengan 'contact' badani iaitu pergaulan bebas. Ingatlah,
"cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan." ( al-farabi)
Yang menghairankan bahawa umat islam sendiri pula yang terkinja-kinja untuk mengikut jejak langkah barat. Buktinya kes cerai, anak luar nikah dan pelbagai kancah zina. Beginilah akibat 'islamophibia'. Pesanku, 'berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati meletakkan cinta di dalamnya. Jangan dibiarkan hati itu dipenuhi oleh cinta yang jaat, buruk dan 'cacat'. Bagaimana benih cinta yang kita tanam dan suburkan dalam jiwa, begitulah pohon yang akan tumbuh dan berbuah pada fikiran dan seluruh tindakan."