BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...........
Ya Allah...
Bersama hari-hari semalam penuh luka,
ku lalui hidup ini biar pun penuh luka dan sengsara,
Ya hari semalam telah mengenalkanku erti sebuah derita percintaan.
Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti sebuah kebahagiaan mencintai dan di cintai,
akhirnya memaksa aku menelan pahit getir perpisahan yang tak terduga.
Ya Rahim...
Bukan ku pinta pertemuan....
jika akhirnya perpisahan yang mendatang.
Bukan ku rayu diriku di cintai jika akhirnya ku di tinggalkan.
Benarkah kata orang manis itu hanya di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika tidak di kotakan.
Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hati mu sedangkan kau hanya mahu mempermainkan perasaan ku?
Butakan cinta atau bersalahkah diriku terlalu mengharapkan untuk mengisi bunga-bunga cinta segenap ruang hati ku?
Ya Rabbana...
Ku tahu cinta bukannya paksaan,
hanya bercinta membuat hati kita merana tapi cinta kita bukannya paksaan.
Kita saling cinta mencintai namun hati ku merana jua.
Benar kata orang tua-tua cinta yang tidak di sirami dengan bunga-bunga kejujuran,keiklasan dan berakar umbi niat kerana Allah akan menemui kegagalan.
Adakah aku sahaja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai diri mu....
sedangkan kau sewenang-wenangnya membunuh segala keiklasan dan kejujuran dalam bercinta.
Jika sesungguhnya hatimu benar ada cinta untukku tapi mengapa hati ku di lukai?
Sedarkah engkau luka yang kau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk ku balutnya kembali.
Aku tak tahu adakah ku mampu untuk membalut luka yang amat dalam ini ku berserah hanya kepada-Nya.
Jika di hati mu hanya ada dendam untuk menyakiti hati insan seperti diriku padamkanlah ia kelak akan membakar jiwa mu jua kelak.
Siramilah api dendammu dengan cinta seorang wanita,,,
Sedarlah engkau sebelum engkau dilukai buat kali kedua kerna kepedihan dari kelukaan amat seksa sekali untuk kau menanggungnya.
Cukuplah sekali hati di lukai kerna jika kedua kali mambuatkan hati serik untuk bercinta lagi.
Kelukaan yang kau tinggalkan buat ku,
sesungguhnya telah mendewasakan ku.
Terima kasih atas kelukaan itu,
akan ku rawat ia walaupun amat sukar untuk ku melakukannya.
Doaku semoga terbuka hati mu untuk mencintai seseorang dengan keiklasan dan kejujuran yang hakiki anugerah Ilahi,walau pun kelak insan itu bukan lah aku......wassalam.
*Untuk makluman semua nota ini adalah nota kedua terawal dari sy di dunia maya dari setiap apa yg berlaku terhadap diri terlalu banyak yg kita pelajari dari hidup sebelum kita mati, dari itu jangan sesekali kita berputus asa dari Rahmat Allah sesungguhnya Dia Maha Melihat hambanya yg di sayangiNya, kerna itu di berikanNya berupa ujian kerna dengan ujianlah kita sedar siapa kita di sisiNya.....