Cara Kenalpasti Produk Milo Asli Atau Tiruan.





KUALA LUMPUR: Milo Malaysia mengeluarkan satu gambar untuk membantu pengguna membezakan pek produk Milo yang asli dengan yang tiruan.

Gambar yang dikongsi melalui akaun rasmi Milo Malaysia dan turut dikongsi di akaun Facebook Nestle menampilkan dua bungkusan Milo.

“Pek Milo asal dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas atau sempurna,” kata syarikat itu.


Perbezaan produk Milo asli (kiri) dan tiruan (kanan). -Gambar: Facebook/Milo Malaysia

Memetik laporan Sinar Harian, pada Jumaat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam yang mencurigai aktiviti tersebut.

"Hasil pemeriksaan kita dapati terdapat sebanyak 225 bungkusan yang berisi Milo tiruan disimpan di dalam sebuah bilik.

"Kita percaya bungkusan berjenama Milo itu sedia untuk dipasarkan di sekitar negeri ini dan kawasan berhampiran,” katanya.

可欣's photo.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

17 Mac 2015 pada 5:21 PG

hmm semua nak ciplak .

17 Mac 2015 pada 12:49 PTG

Terima kasih atas perkongsian. !

18 Mac 2015 pada 10:55 PTG

Adeh, tak perasan selama ni peket milo tu cemane.. Main belasah jer.. Huhu..
RosmizaAli.Com™

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.