Memang boleh berkahwin tanpa persetujuan istri pertama..tak perlu tunggu mahkamah untuk kahwin. Cukup syarat dan rukun nikah, perkahwinan itu sudah SAH. Islam ini mudah, jangan buat susah.Cuma bila disembunyikan, rasa sedih tu mesti la ada..saya sendiri terasa sedih.
Sebab adat melebihi agama. Bukannya rukun atau wajib mendapatkan kebenaran isteri untuk kahwin lagi satu. Cuma Malaysia terlampau pentingkan protokol yang menyusahkan. Banyak kes di Malaysia berlaku bila berkahwin dengan isteri no 2 tanpa kebenaran mahkamah dan di luar pengetahuan isteri pertama, isteri no 2 yang banyak terabai.
Siapa gerangan isteri baru Ashraf juga mula diketahui umum, Wan Sakinah yang berusia 29 tahun mula memdapat perhatian selepas isu berpoligami ini tersebar. Sakinah yang dihubungi untuk mendapat kenyataan walau bagaimanapun tidak dapat memberikan komen lanjut tentang kontroversi pernikahannya dengan Ashraf Muslim.
“Harap faham, saya tak boleh cakap apa apa pun. Minta maaf ya,” jawab Wan Sakinah tenang dan turut memberi jawapan sama ketika di’tanya kenapa tidak menemani Ashraf Muslim ke mahkamah semalam.
Desas desus yang didengar mengenai Ashraf Muslim akan berkahwin kali kedua akhirnya terjawab apabila selebriti itu sendiri mengaku telah bernikah di Thailand pada 7 Julai yang lepas.
Jika sebelum ini media melaporkan yang isteri pertama Ashraf, Noor Dayana redha jika suaminya mahu bekahwin lain, tetapi ternyata ianya tidak benar apabila bapa mertua Ashraf menyangkal dakwaan itu.
Daripada mula pun anak saya tidak rela atau redha. Apa yang dikata seperti dalam surat khabar yang anak saya redha, itu bukan dari anak saya. Itu satu penipuan yang besar. – Harian Metro
Selain dari itu, Kosmo! Online pula melaporkan yang Hj Lokman kecewa kerana menantunya seolah-olah tidak sabar mahu menikahi wanita yang bernama Wan Sakinah Ahmad Saburi tanpa menunggu keputusan mahkamah berkenaan permohonan kebenaran poligami.
Kami sebenarnya menyesal kerana dia tidak maklumkan pada kami termasuk isterinya sendiri. Kalau mahkamah beri keizinan berpoligami, kami redha dan terima keputusan. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand.Untuk pengetahuan umum, Ashraf telah bernikah dengan isteri pertamanya pada 24 September 2011 di Makkah dan difahamkan masalah rumahtangga mereka berpunca kerana belum dikurniakan zuriat sepanjang dua tahun berkahwin.
foto perkahwinan Asraf & wan sakinah.
7 comments
hmm takut kalau bakal suami jadi macam ni nanti hehe. semua nya ketentuan Allah kn..
Seeloknya kita tak masuk campur urusan rumah tangga orang... sebab kita takut kita akan tergolong dalam golongan yang cuba memecah-belah.. Walaupun niat kita betul.. tetapi berita yang disampaikan masih banyak menjadi persoalan...
Sekadar memberi pendapat..;)
@Pembawa_Wacana fikirkan +ve yg ada.bukan nk cuba memmecahbelahkan..awak dh baca ke kronologi bnda ni jd? :)
ermmmm, kesian...tapi tu la nak cari apa si ashraf tu plak cakap...belah pompuan semua dah habbis dah kan...hope apa yg berlaku ada hikmahnya...tiada siapa perempuan yg akan menerimanya dengan hati terbuka tentang isu ini untuk kali pertama...sama ada tersebut, secara diam atau terang terangan...ni dah kawin ermm nak buat mcm mana memang terpaksa redha je la.
dalam pemikiran perempuan sah tak sah belakang cite..ni ko dah tido dgn dia, cukup baik la isteri pertama tu tak mengamuk...kalau saya memang kasi pengajaran cukup2...zuriat Allah yg tentukan..biar la cari cara yg halal...
Ter...emo plak hehhee sebab saya baca dari hati saya...kalau tak saya kurang kisah juga lantak ko la labu..hehhehehe
biaqla depa selesaikan sendiri...kita doakan je yg terbaik hehe
bekas tunang sakinah kata ashraf punca mereka putus tunang....
orang tak pertikaikan hukum poligami, rata2 orang islam tau ia halal. tapi kes ashraf ni melibatkan dia tipu isteri dia, tipu mertua dia, pastu skrg dikatakan merampas tunang orang. menipu dan merampas tunang tu kan ke berdosa... kahwin tu sunnah, ibaratnya buat masjid. tapi tak patut la membina masjid dengan cara menipu dan merampas, ye tak...
I isteri nombot 2... :p