Kerajaan hari ini mengumumkan pelancaran Program Felo Perdana yang melatih anak muda berkhidmat secara langsung dengan barisan menteri.


 Boleh rujuk http://www.perdanafellows.com/index.html


Ini adalah satu langkah yang sangat baik dalam melahirkan pelapis kepimpinan negara. Saya yakin ramai anak muda hari ini sudah lama menolak politik emosi. Sudah naik jemu melihat pekik sarkas di Parlimen, serta menteri cap ayam (eh?).

 Walaupun ia dilihat meniru program PAS, PKR dan DAP, yang lebih awal menubuhkan program Intership, tapi benda baik memang tak ada masalah untuk dicontohi.

 Boleh rujuk contoh milik PKR http://internkeadilan.org/.

Mudah-mudahan suatu hari nanti, kedua-dua pemimpin yang sah dipilih oleh rakyat diberikan hak dan layanan yang sama tidak kira dari blok kerajaan mahupun pembangkang. Yang mendapat manfaat adalah rakyat.


p/s- Apa-apa yang boleh menerbitkan maslahah buat rakyat, tak patut dibangkang.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

16 Julai 2013 pada 5:46 PG

harap akan banyak kebaikan daripada program ni :)

16 Julai 2013 pada 4:53 PTG

hari ini dilancarkan, tapi dah tarikh tutup penyertaan 31 jun 2013..dah macam mana tu?

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.