Komen facebookres pro UMNO tentang Adam Adli.



Pasca PRU adalah fatrah pembinaan pemuda. Kita membina diri bukan untuk mengisi jawatan, tapi memenuhi tuntutan sebagai khalifah. Kenal pasti potensi dan kelebihan diri, di mana posisi kita dalam membangunkan negara dan ummah. Masanya bukan esok, lusa.

Banyakkan mengaji, banyakkan mengkaji. Tulis ideamu, lontarkan pandanganmu. Negara perlukan anak bangsa yg penuh ilmu.

Bagi yg berminat utk mengganti kepimpinan negara, team up dengan rakan-rakan yg berminat, lantik diri kalian sebagai kabinet bayangan

Islam itu hebat. Ia dibina oleh org-org yg hebat. Maka jadilah kita orang yg hebat!

Ketika membaca komen facebookres pro UMNO tentang Adam Adli ditangkap dan digari sewaktu penangkapannya :

- Kurung je dengan gay
- Kira ok la gari dekat tangan. Bukan kena gari dekat kaki
- Patut tangan kaki kepala sekali kena gari
- Setuju dia kena tangkap. Tapi apa sebab dia ditangkap? (setuju tapi tak tau sebab?)
- Bagi kejutan elektrik lagi baik

Dan macam-macam lagi lah, tak dimasukkan sumpah berguni-guni, label melebel.

Sebab tu kita kena berjuang mengikut islam.Teruskan menadah ilmu dengan ulama haraki dalam Pas yg dulu dipinggirkan kerana melawan arus tetapi itulah yg diajar Islam.Orang Cina bukan Islam mempunyai mentaliti yg lebih baik. Ada benda saya tak setuju dengan Cina, tapi bab politik mereka sangat matang dan penuh hormat. And so i wonder, apa sebenarnya yg pengaruh kita? 

Hm.. (panjang-panjang)

Bila melihat realiti kefahaman agama yang caca merba ni, saya fikir antara cara terbaik untuk mendapat kefahaman Islam yang bersifat sederhana, membina emosi stabil dan pemikiran seimbang ialah belajar Islam melalui pelbagai guru dab aliran serta berkawan dengan pelbagai jenis individu-individu musleh yang baik.

Ia dapat mengelakkan pemikiran dari bahaya doktrinisasi beracun, terperangkap dalam taassub buta dan prasangka berlebihan.

Bukan sekadar pro-UMNO keluarkan kata-kata begini, pro-PR pun ramai juga sekiranya kena pada parti lawan, atau berbeza pendapat walaupun dikalangan ahli parti sendiri.

Apabila Karpal Singh mencadangkan Dewan Negara dimansuhkan, ia bukan hasutan malah boleh menghina negara. Nama pun cadangan. Bahaskan. Beliau ahli Parlimen, beliau boleh bahaskan di sana. Ahli Parlimen kemukakan hujah balas. Rakyat berikan pandangan.

Tapi bila berita mewar-warkan Karpal sebagai musuh negara, ia satu hasutan.

Budaya 'anti dialog' atau menghalang debat dengan melabel ni semakin menjadi-jadi.

Lama-lama manusia akan jadi dungu tak mampu kreatif berfikir. Akhirnya mudah jadi mangsa kepada siapa pun.

Semua ini mencerminkan mentaliti masyarakat Melayu. Melayu bukan majoriti di Malaysia, tapi Melayu paling dominan kerana Melayu mengetuai politik negara. Bayangkan mentaliti begini yg mendidik anak bangsa (ramai guru Melayu), mentaliti begini menjadi penguasa, mentaliti begini membuat polisi negara.

Ia satu perkara yang amat membimbangkan. Paling merisaukan ialah kita sedang mencacatkan pemikiran melalui pendidikan, generasi ke generasi.

notahati- Duhai Allah, sekarang kami mengerti, betapa sedihnya ar-Rasul tika dakwahnya ditolak.
Tuhan, masihkah ada keajaiban untuk kami?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

8 Jun 2013 pada 4:36 PTG

Salam.. nk mintak tlg LIKE page ni blh? =)

AZ Collection ada menjual pelbagai jenis tudung AKEL bidang 50' dan 60'.. Nk tempah kraf felt pn blh.. Jom singgah sini..

https://www.facebook.com/pages/AZ-Collection/199515420202002

Terima Kasih.. =)

9 Jun 2013 pada 4:58 PTG

(y)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.