Senarai ringkasan Keputusan PRU13 – Apa Maknanya?
KEPUTUSAN akhirnya BN – 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen – menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.
Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain – Selangor, Penang and Kelantan – kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor – Pakatan 44, BN 12
Penang – Pakatan 30, BN 10
Kelantan – Pakatan 33, BN 12
2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.
3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.
DAP – 38
PKR – 30
PAS – 21
4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).
5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular – 50% berbanding 49% (1% lain-lain).
6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.
7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya – satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen – pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).
8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14
9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.
10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.
11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.
12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.
13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.
HD
Pesan TGHH di Rusila :
Kalau kita kalah , kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang.Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa yakni kerajaan Allah s.w.t.
'Kita tidak kalah..cuma belum menang "
Allahuakbar .
Dan sungguh saya kagum pada orang-orang lama yg bekerja bertahun-tahun untuk kemenangan, saat kami (anak muda) kecewa tadi, mereka sungguh tenang. 'Rilek la..', 'Tak apa..'. Inilah sebenar-benar pejuang.
Husnu thiqah billah.
2 comments
:-'(
Bagi rakyat BN, 5 tahun lg dibawah pemerintahan Islam. Bagi rakyat PR, 5 tahun lagi masih hidup di negara sekular. Negara Islam BN(ijtihad aldawlah islamiyah) vs Negara Sekular PR (yang hanya mahukan negara islam mutlak hanya mengikut mazhab)