Selamat mendidik sabar dan redha....
Syukur alhamdulillah. Dalam meniti perjuangan hidup, masih ada yang sudi untuk istiqamah berkongsi ilmu. Hampir saban hari sepanjang Ramadhan terisi dengan perkongsian hadis. Huraian hadis-hadis umum yang selalu diperdengarkan pada majlis-majlis ilmu. Namun, uniknya pada ana kerana masih ada sahabat yang sudi untuk berkongsi ilmu apatah lagi dengan ana yang dhaif ilmu. Sedikit sebanyak kami sama-sama belajar untuk saling tegur menegur dan mengingatkan apa yang terlupa. Al-islamu dinnun nasihah. Subhanallah...
kelmarin ana sengaja mencarik akal bermain teka teki dengan ahlul bait. "Kenapa perempuan suka membebel?" Dan bermacam-macam jawapan yang dapat dari abi wa umi wa akhun wa ukhtun. Akhirnya, ana dengan slumber dengan jawapan yang bukan hanya teori tapi beserta praktikalnya.
"Perempuan suka membebel sebab badannya penat sangat. Seharian buat itu dan ini, lagi-lagi worker wife. Stress dengan boss, office-mate then stuck with traffic jammed, balik rumah tgk macam kapal pecah! Sambung kemas rumah, masak, lipat baju. But husband as leader, balik rumah boleh goyang-goyang kaki. So, where is the mean by ERTI HIDUP PADA YANG MEMBERI? Sometimes, guys (kononnya) nak nampak cool. Hmmmm, apa kata kalau perempuan cool? ::) That’s why perempuan suka bebel. Dah la penat, stress pastu husband tak nak ringan-ringankan tulang. Kononnya dialah ketua keluarga, perlu diberi layanan sewajarnya. So, wife as what? Bukan ker Rasulullah sendiri pun membantu isteri-isterinya buat kerja rumah"? ;)
Daripada Abi Hurairah r.a.
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w., lalu bertanyalah lelaki itu. "Wahai Rasulullah, siapakah yang berhak dikalangan manusia di jadikan sahabat yang paling baik?" Lalu Nabi s.a.w. menjawab "ummuka" dan bertanya lagi lelaki itu, "kemudian siapa?" Nabi s.a.w. menjawab "ummuka". Dan kali ke-3 lelaki itu bertanya lagi "kemudian siapa?" Lalu Nabi s.a.w tetap menjawab "ummuka". Lalu, lelaki itu bertanya lagi, "kemudian siapa?" Barulah Nabi s.a.w menjawab "summa abuka." [Muttafaqun ’alaih]
"Cuba kita tengok dan muhasabah hadis ni, kenapa Rasulullah ulang ummuka 3x kemudian baru abuka? Sebab ibu ni letih macammana pun, sakit macammana pun keutamaannya pada anak-anak dan suami. Bukan saja isteri solehah, malah yang perempuan kafir pun bila disemai rasa cinta pada anak-anak, subhanallah layanan mereka jauh lebih baik dari muslimah. Belajar sesuatu apabila memandang. Lihat dengan mata hati, berfikir dengan akal yang dipandukan iman pada Allah s.w.t.."..
p/s- :)Yang baik dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri hamba yang dhaif juga. Mohon ditegur agar dapat dibaiki kemudian hari.- (maaf pic (kartun) ta bape sesuai ... sekadar hiasan) :P