JOM SERTAI DIGITALGLOBE DALAM MISI MENCARI LOKASI PESAWAT MH370.



DigitalGlobe (www.digitalglobe.com) memiliki dan mengendalikan lima satelit persendirian dan imej yang diperoleh berjarak 400 batu dari bumi jelas dan tepat.

Orang ramai boleh melayari www.tomnod.com/nod/challenge/malaysiaairsar2014 dan kemudiaan meletak nota sekiranya menemui sesuatu objek dan kemudiaannya menghantar ke saluran rasmi.
Laman web DigitalGlobe turut menghulurkan bantuan bagi mengenal pasti lokasi pesawat MH370.


Setelah pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan hilang dan operasi mencari memasuki hari ke tujuh, syarikat pengimejan satelit Amerika mengambil inisiatif mengumpul maklumat bagi mencari pesawat berkenaan.

Menerusi inisiatif ini, orang ramai akan membantu menganalisis imej beresolusi tinggi bagi sebarang tanda kehilangan pesawat.

ABC News melaporkan syarikat DigitalGlobe yang berpangkalan di Longmont, Colorado memasang kamera pada lima satelit orbit pada Sabtu di kawasan Teluk Thailand di mana lokasi MH370 dilaporkan hilang.


Pengurus Kanan Big Data Geospatial dari DigitalGlobe, Luke Barrington berkata kepada ABC News imej satelit yang dikumpul boleh didapati secara percuma oleh orang ramai menerusi laman sesawang Tomnod.

DigitalGlobe akan menggunakan komputer algoritma bagi melihat pengguna menandakan kawasan tertentu lebih banyak daripada pakar pengimejan satelit dalaman yang kemudiannya akan dibuat pemantauan, katanya.

“Sesiapa sahaja boleh pergi ke pautan dan mula melihat imej tersebut yang ditanda jika terdapat perkara mencurigakan. Setiap piksel di skrin komputer mewakili setengah meter permukaan laut.

"Apa yang dapat kami katakan di sinilah lokasi 10 terbaik atau mencurigakan. Adakah benar sayap pesawat terpisah dan serpihannya terapung di lautan?

"Mungkin kami tidak 100% yakin tetapi jika itu yang terpaksa saya lakukan maka saya akan mulakannya,” katanya.

Barrington berkata inilah cara bagi mereka yang tidak pandai membawa bot merentasi Lautan Pasifik bagi menuju ke Semenanjung Malaysia atau mereka yang tidak pandai memandu kapal terbang membantu mencari pesawat Boeing 777-200ER.

DigitalGlobe menjalankan First Look Event secara berbayar bagi membandingkan imej sebelum dan selepas kepada pelanggan.

Beberapa bulan lalu, syarikat itu mengaktifkan perkhidmatannya bagi memantau kebakaran hutan di Australia, keganasan di Ukraine dan ribut ais di Altanta.

November lalu, syarikat tersebut turut melancarkan kempen serupa selepas taufan Haiyan membadai Asia Tenggara dan pengguna meninggalkan 400,000 tanda digambar membantu mengenal pasti 38,000 bangunan dan 101,000 rumah yang rosak akibat bencana itu.

MH370 sewaktu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu hilang dari radar kira-kira 1.30 pagi di pantai timur Malaysia dan selatan Thailand.

Nasib pesawat yang membawa 227 penumpang yang terdiri daripada 14 negara dan 12 krew kabin masih belum diketahui.

Sejak berita kehilangannya tersebar, terdapat beberapa laporan serpihan bangkai pesawat dan tumpahan minyak di Laut China Selatan di mana pesawat itu kali terakhir dikesan radar namun siasatan lanjut oleh pihak berkuasa mendapati barang yang dijumpai itu bukan milik pesawat malang berkenaan.

notakaki- Haram guna khidmat bomoh. Apa yang dibuat oleh para bomoh di KLIA itu bukan daripada islam.
Islam agama yang mendidik umatnya untuk memanfaatkan kemampuan akal (intelek) dalam bertindak.

Kehadiran bomoh-bomoh di KLIA itu sesuatu yang amat memalukan! 

Moga harini Lebih baik dari semalam.

" Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:
"Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"
{ Surah Al-BaQarah ayat 156]

Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali.
Kalimah ini dinamakan kalimah istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar maupun kecil.


#KeepPrayforMH370

Ameen.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

14 Mac 2014 pada 4:32 PTG

masih mengharap keajaiban berlaku.. mudah2an

jemput turut serta dalam GA dan segmen yang mama lynn anjurkan. hadiah pun best dan bermanfaat
http://mamalynnthestoryteller.blogspot.com/

14 Mac 2014 pada 8:00 PTG

mari kita sama2 turut mencari, InsyaAllah mudah2an...

Tanpa Nama
15 Mac 2014 pada 12:50 PTG

Semoga semua Penumpang dan anak kapal MH 370 selamat pulang..insyallah... plus yang bab bomoh itu memang memalukan negara kita sehingga menjadikan kita sebagai gelak tawa negara lain

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.