KEHILANGAN MH370


Allah.
Berdebarnya menanti berita yang sohih lagi menyohihkan.

Kesekian kalinya.
Mereka bersungguh menyelidik Penuh dengan persediaan, bukti kukuh, Tanpa disaluti unsur Fitnah kecil mahupun besar sebelum memberikan Apa-apa Berita.

 Bukankah Sudah lama Allah suruh " FaTabayyanu " dalam SETIAP Perkara! 

UPDATED

KUALA LUMPUR: Laman web akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut. Justeru menimbulkan kemungkinan bahawa pasport palsu telah digunakan.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Menurut wartawan The Guardian Kate Hodal , kedutaan Itali di Bangkok mengesahkan kedudukan Maraldi di Phuket.

Kedutaan Itali dilaporkan sedang memeriksa kemungkinan 'individu berbeza tetapi mempunyai nama dan tarikh lahir sama’ menaiki pesawat MH370.

Pasport Maraldi dilaporkan telah dicuri tahun lepas.

Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Kementerian Luar Austria dalam kenyataan kepada media pada hari Sabtu juga mengesahkan lelaki tersebut (nama tidak didedahkan) kini berada di Austria.

Hanya ada seorang warganegara Austria dalam senarai penumpang bernama Christian Kozel .

sumber





Shock: Distressed relatives wait for news of the Malaysia Airlines plane which was due to land in Beijing. Malaysia's Transport Minister said 14 hours into the massive search and rescue mission, that 'no crash site' has been located


Missing: Flight MH370 was flying from Kuala Lumpur to Beijing when it lost contact over Vietnam


Long wait: A Malaysian man with relatives on the plane arrives at Beijing airport. An unconfirmed report on a flight tracking website said the aircraft had plunged 650ft and changed course shortly before all contact was lost


MAS menafikan pesawat tersebut selamat mendarat di naning-new updated..kalau ikut penebangan ke beijing 6 jam,  dan pesawat terputus selepas 2 jam berlepas..tak sampai naning lagi tu rasa..2 jam tu baru masuk lautan.

Ada temuramah tadi di tv3 dgn bekas chief pilot mas. Dari interview tu dia dah buat jangkaan apa yang sedang berlaku sekarang. Keputusan apa yang berlaku sebenarnya dah ada, cuma tidak diumum public sahaja..

Latest : " REU: MALAYSIA TRANSPORT MINISTER SAYS HAS NOT CONFIRMED EXACT LOCATION OF THE PLANE CRASH"

Allah..Takutnya!

Allahu rabbi. Air Crash Investigation (Mayday) adalah rancangan kegemaran saya. Saya tidak pernah jemu-jemu menonton rancangan ini kerana ibrah (pengajarannya) sangat bermakna. Ia adalah pengajaran untuk semua, anak kapal, kapten, penumpang, menara kawalan trafik, mekanik, jurutera, pembuat kapal terbang dan enjin dan semua yang terlibat. 

Semoga Allah melindungi kita semua. Allahu musta'an.

Nota kaki- Kalaupun tidak mempunyai rasa sensitif, kemanusiaan, simpan saja utk diri sendiri, tidak perlu dicanangkan kepada seluruh dunia dalam laman sosial.

jangan terus kata "bala Tuhan" bila dilanda musibah. Itu seburuk-buruk sangkaan pada Tuhan.

Berdoa. Kedua berita ini sangat menghancurkan hati.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

9 Mac 2014 pada 2:27 PG

doakan semua yg baik... rakyat malaysia suka buat spekulasi...tunggu yg official je kan..

10 Mac 2014 pada 3:00 PG

salam kenal dan follow
torascool(dot)blogspot(dot)com

11 Mac 2014 pada 8:48 PTG

Kita doa je.. jangan tambahkan lagi kontroversi dan spekulasi yang ada

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.