Pertengkaran antara pemandu bas dengan pemandu teksi dipercayai menjadi punca kemalangan yang belaku di Genting Highlands













KUALA LUMPUR – Pertengkaran antara pemandu bas dengan pemandu teksi dipercayai menjadi punca kemalangan yang belaku di Genting Highlands semalam lapor New Straits Times.

Mussammat Sirajum, 35, sepupu kepada mangsa yang maut, Rafiq Ali, 55, berkata bahawa Rafiq telah pergi ke Genting Highlands untuk bercuti.

“Walaupun sepupu saya adalah dari Bangladesh, beliau merupakan rakyat Kanada dan telah datang ke Malaysia bersama isteri dan dua anak lelaki beliau untuk bercuti pada awal bulan ini.

“Beliau maut ketika kejadian manakala isteri beliau, Rashidah Buia, 50, dan kedua-dua anak lelaki mereka, Ronok Arefin,14, dan Reduan Buia, 22, mengalami kecederaan,” kata Mussammat.

Tambah Mussammat, Rashidah menceritakan kepada beliau bahawa pemandu bas tersebut mula menjerit dengan kata-kata sesat kepada seorang pemandu teksi yang bertindak memotong bas berkenaan dalam keadaan yang merbahaya.


“Pemandu bas itu kemudian memotong teksi itu semula dan terus memandu laju sebelum melanggar tembok penghalang dan terhumban.

“Kakak ipar saya dan anak-anaknya berada dalam keadaan sedar ketika kemalangan tersebut belaku dan apabila beliau sedar bahawa suami beliau sudah meninggal, beliau meminta Reduan supaya menjaga mayat suami beliau sementara beliau mencari pertolongan,” tambah Mussammat.

Kedutaan Bangladesh dan Kanada telah dimaklumkan tentang perkara ini dan mayat Rafiq akan diterbangkan ke Bangladesh untuk dikebumikan.

Sebuah bas yang membawa 53 orang penumpang telah terhumban ke dalam gaung sejauh 200 kaki semalam, menyebabkan 37 maut.

Semua mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur sementara yang cedera dihantar ke Hospital Selayang, Sungai Buloh dan Hospital Bentong.


Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL:

1. Wong Teraphong, 63 – Thailand
2. Ali Haider Syed Haider , 46 – Bangladesh
3. Saidah, 19 – Malaysia
4. Razif, 26 – Malaysia
5. Tan Ming Shing, 26 – Malaysia

Berikut nama mangsa yang cedera dan dirawat di Hospital Selayang
1. Raawnok Arefin, 14 – Bangladesh
2. Nu Syamimi Ja’afar, 25 – Malaysia
3. Nur Fathiah Ja’afar, 21 – Malaysia
4. Rashidah Buyah, 50 – Bangladesh
5. Andri Purwadi, 25 – Indonesia
6. Nurul Quraitul Aini, 19 – Malaysia
7. Rezyan Arefin, 24 – Bangladesh
8. Nur Fridil Gusman, 23 – Indonesia

– BERNAMA

takziah kepada keluarga mangsa.

Bila Allah nak ambil hambaNya, tiada yg dapat halang. Sekali ramai.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

23 Ogos 2013 pada 1:03 PG

takziah untuk keluarga mangsa. maut ada dimana-mana. :(

Tanpa Nama
23 Ogos 2013 pada 3:08 PG

patutla... mcm tuh citenya tapi benda dah nak jd.. alhamdulilah ramai perempuan melayu terselamat kan..
takziah pada yg lain.. sedih gila tengok gambar

23 Ogos 2013 pada 6:42 PTG

Memang dasyat, takziah saya ucapkan... semoga kejadian ini diambil iktibar oleh pihak pengurusan kenderaan awam dan jalan raya...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.