PUASA TERAWIKH DAN TAZKIRAH.


Hari ni hari rindu,



kebetulan Imam terawikh bacakan ayat ni,
dan berikan tazkirah tentang Ibu dan bapa.
lagi berganda-ganda rindunya.

Firman Allah s.w.t.
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua- duanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka),

`Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku
semasa kecil'.
(Al-Isra: 24)

Al-Fatihah , Abi, Umi

cinta itu bersayap.

kenapa?
kerana bila Allah panggil,
mereka akan terbang kepadaNYA.
Segera.
tanpa penangguhan.

maka hati-hati yang ditinggalkan,
bersabarlah.
Sungguh,
Allah yang Maha Baik sedang memandangmu; penuh cinta.

Sampai saatnya,
Kita pasti akan kehilangan mereka-mereka yang tinggal dalam hati.
hilang di mata,
tidak di hati.

Kerana telah di janji,
setiap yang bernyawa pasti akan kembali.
dan jasad jua jiwa yang sumpah mati sangat dikasihi,
sungguh bukan hak peribadi.

Tapi ArRahman,
dengan kasihNYA,
tidak akan membiarkan kita sendiri.
Akan dititipkanNya jiwa-jiwa lain untuk menemani.

dan nanti,
inshaAllah boleh berjumpa lagi
di taman hijau berharuman kasturi.

Macam mana pulak dengan hati kita?
Dah hampir setengah bulan masuk madrasah,
Masih lagi "dok rok cetong" kah?
Atau dah makin "comel lote"?

Jangan berhenti,
Jangan putus asa,
Mari manfaatkan Ramadhan yang berbaki.

Ya Allah,rezekikan kami taqwa dan lailatul qadar.

Hari berbaki,moga diberkati.

Beri hidayah dan petunjuk pada hambaMu Ya Allah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

28 Julai 2013 pada 6:59 PTG

Nice entry..:-)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.