Seandainya Sayang Tak Berbalas..


Salamun alaik.... ^_^


Jika air jalinan cinta kita berbeza
Air kita tetap menitis dari awan yang sama
Atau jika nasab kita yang berbeza
Kita disatukan oleh agama
Yang kita dudukkan laksana orang tua
—————————–
Jika pertemuan di dunia itu sudah bermakna
Maka di padang makhsyar pun kita akan berjumpa
Engkau persaudarakan kami di atas cinta kepada Allah
Harta benda tidak akan mempengaruhi persaudaraan ini
(Dr. A’idh Al Qorni, M.A)

May Allah brings happiness in your live here and in the hereafter.. Pray for me too!! ^^

.sekali kamu rindukan ana,berKALI KALI KALI ana rinduuukann kamuuu. sabaq naaa..ana yakin wa pasti~Allah sdg mengatur satu pertemuan mahabbah terindah antara kita suatu masa nnt !~berdoalah wahai sahibahku tersayangg~

semoga Allah kuatkn ukhwah antara kita ....syg kamu :)

 Dalam bersahabat pernah tak kita rasa seolah-olah sayang kita kepada sahabat itu seakan tak berbalas ? (Macam mana tu??) Maksudnya, kita rasa sayang pada sahabat kita tu lebih tapi sahabat kita macam biasa ja, tak nampak pun macam dia sayang kt kita. Kita yang ambil berat tentang dia, tapi dia macam biasa ja. Bila bersama-sama teman-teman lain, kita seolah-olah macam tak wujud di mata dia.  Pernah tak rasa macam tu??Ana pernah (sejujurnya ana mengaku)

(Bunyi macam cinta sepasang kekasih ja..Oh, jangan salah faham. Bukan itu maksud Ana. Sila baca sampai habis ya..^^)

tapi kan,,bila difikir-fikirkan balik...direnung-renungkan...tentang perasaan nie rasanya tak patut ada perasaan macam tu...sebab kalau betul-betul kita menyayangi sahabat kita tu kerana ALLAH...ye tak..? ^_^

Jika benar kita sayang dia kerana Allah, kita tak akan kecewa kalau rasa sayang itu seakan tak berbalas kerana kita yakin balasan itu dari Allah dan hanya berharap dari-Nya.


Sahabat, andai rasa itu (rasa sayang tak berbalas) tumbuh dalam hati kita, cepatlah cantas sebelum ia membesar. Kerana apa? Kerana rasa itu mampu manjauhkan jarak antara kita, menghilangkan kemesraan antara hati-hati kita (bila kita rasa dia tak sayang kita, kita mula jauhkan diri). Sanggupkah kita gadaikan ukhwah ini semata-mata kerana perasaan yang tak pasti? (mungkin kita saja rasa dia tak sayang tapi sebenarnya dia sayang kita cuma tak tunjuk saja..Kan ada orang macam tu..)

JOM  positifkan hati kita dalam berukhwah .. berlapang dada dan sentiasa berdoa kepada Allah agar Dia jaga hati-hati kita dari prasangka buruk...Moga bunga-bunga ukhwah kita berkembang sihat...

Wallahu'alam..Jumpa lagi sahabat! ^^



p/s :  - Kadang-kadang rasa ni akan datang, jadi kita kena pujuk hati. Kalau hati tak 
             'makan saman' dengan pujukan sendiri, minta Allah yang pujuk hati kita.
          - Mari zahirkan sayang kita pada sahabat..^^
          - Kalau orang lain suka ros, ana sangat suka bunga matahari (tak pasti kenapa..) 
             Ada sapa-sapa nak bagi hadiah bunga matahari tak kat ana? (hehe..)

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

Tanpa Nama
16 November 2011 pada 12:46 PG

Ya ALLAH..lindungilah hambaMU ini..
kerana dia masih...
masih mencengkam FIRMANMU..
masih memegang sunah RasulMU..
&yg paling penting..
dia menyebarkan utk ingatan kami..
yg baik dariMU Ya ALLAH,yg buruk dr kelalaian kami Ya ALLAH..amin..

17 November 2011 pada 1:49 PG

Salam Hari Manis penuh barokah buat kamu..:)
Semoga kasih sayang terus berkembang mekar, mewangi di lapangan Dakwah...
Hingga ke Syurga sana..( ",)syukran jiddan kerana mendoakan.... aminn....ya rabbal alamin..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.