Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian perut kereta yang sedang meluncur laju.
"Sayang cuba tekan nombor 5.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu.."Balas Suffian kepada isteri tercinta, Balqis. Dengan nada yang lembut, tetapi masih jelas didengari.
"Tajuk pe lagu tu?"
"Err.. Ade la.. Hehe.."
"Hek eh.. Nak rahsia-rahsia plak.."
"Suprise-surprise.. Lagu ni abang tujukan khas buat bidadari tercinta abang ni.." Ujar Suffian bersahaja. Tangannya membelai manja pipi Balqis. Terasa kebahagiaan di situ.
"Romantiknye abang ni.."
"Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni je.."
Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Balqis senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap bait-bait lirik yang dilagukan.
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you
For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart...
"Oo.. lagu ni rupenye.." Balqis sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami di sebelah.
"Sayang suka lagu ni kan?"Soal Suffian
"Yup.. suka sangat-sangat.. dulu-dulu masa bercinta dgn abang, memang selalu sangat dengar lagu ni.. Masa bercinta kan..sayang beri lagu nie sebagai tema cinta kita kan... Abang masih ingat lagi...terima kasih Abang...." ucap Balqis...
Hehe.. mestilah ingat.. tapi kadang-kadang tak sempat nak dengar.." ujar Suffian dgn niat ingin mengusik isteri yang tersayang...
"'First time' abang dengar lagu ni, abang akan fikir sorang-sorang.. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah anugerah kat abang, abang nak kongsi dengan isteri abang ja.. dan abang selalu berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama-sama berkongsi cinta daripada Allah ni.. yang dapat menerima diri abang seadanya.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa abang.." Bicara Suffian panjang lebar.
Balqis di sebelah menarik nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. sangat menyentuh hatinya... Syukur atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita di dunia.
Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia.
"Tak percaya? Cubalah!" Kata-kata Ustazah Mahya , sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Dari situ, dia membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu hanya pada Illahi.
"Sayang pulak camna?"
Suffian mengejutkan lamunan Balqis dengan soalan tadi. Perasaan tadi membuatkan dia berasa seperti berkhayal. Khayal dalam keasyikan bercinta bersama suami.
"Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu.. layak ke diri ni untuk terima 'cinta pertama'? Memang rasa tak layak sangat-sangat.. siapa la yang nak 'share' 'cinta pertama' dengan sayang.." ujar Balqis
"Alorhhh.. Wat ayat sedey plak.."Suffian memintas kata Balqis.
"Huhu.. yolahh.. mesti la sedey.. bukan la sedey, tapi camtu la kan.. sapa la kita ni.."
"Sekarang ni sedey lagi la?"Soal Suffian ringkas.
"Tak dah!"Balas Balqis
"Sebab?"
"Sebab tak sedey laa..." ^_^
"Oo.. bahan (kenakan) abang ye.."
"Tak la.. tapi betul la.. sekarang tak sedey dah.. sebab Allah dah pinjamkan kat sayang seorang suami yang baik, soleh untuk sama-sama kongsi rasa seronok, sedih.. dan semua perasaan yang ada.."
"Alhamdulillah..."
"kalau perasan..macam mana...perasan nak tambah 4...boleh ka..?"
"Alorh..alorh...cubit pipi sikit ....hahahaha...abang gurau je sayang.." gurau Suffian..
Di balas dengan jelingan manja seorang isteri...
"Meh sini..meh sini... " pujuk Suffian
Suffian membelai lembut pipi Balqis. Dirapatkan sedikit tubuh isterinya, lalu dikucup dahi isteri tercinta.
"Semoga kita dapat bercinta lagi di Syurga nanti..Doanya di telinga Balqis
"Ameen.Ya Rabbal Alamin" balas Balqis
Kelihatan kilauan cahaya cerah dari arah belakang kereta. Seperti memberi isyarat kecemasan. Suffian memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.
"Lajunye kereta tu.."Getusnya di hati.
"Ya Allah!!"
Ayat itu tiba-tiba terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar. Mereka sedang berada pada lorong memotong.
Dammmmm!!
Satu hentaman kuat dari arah belakang. Keretanya gagal dikawal. Berputar-putar di tengah lautan kenderaan yang lain. Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali. Akhirnya melanggar tembok pembahagi jalan.
>>> Dalam KEBAHAGIAAN, dijemput bertemu Yang Maha Esa? Mustahil? Tiada siapa yang mengetahui....cuma Allah Maha Mengetahui...