Saya cintakan awak sepenuh hati,sangat berharap dapat menjadi suri yang terbaik untuk awak nanti...
Biar kita bina keluarga yang mampu menjadi saham dunia akhirat,
Di dunia membina ummah Islam yang kuat,Di akhirat menggapai syurga yang hebat...ya awak...
Sebab awak amat berharga,Untuk sekadar saya lempar ke neraka,Dan mustahil, kalau saya cinta,
Saya membawa awak kepada kemurkaanNya....
awak....
saya ingin rasa itu pergi. Belum tiba masanya lagi. Masih jauh.Saban hari bersabar menahan diri,
Memang kadangkala perasaan inginkan itu dan ini,
Tetapi belum sampai masa,sekarang adalah masa mempersiap siagakan diri.
Biar boleh jadi yang siap membawa awak pergi ke syurgaNya,
Kerana itulah dia makna cinta sejati...kan awak....
Memang awak,
Memang saya tidak akan mampu menjadi sempurna,
Tetapi biarlah saya tahu sekurang-kurangnya saya telah berusaha semampu daya...
Sebab, saya hendak bersama awak selama-lamanya.
Mustahil di neraka kita akan bahagia,
Maka syurga jualah tujuan kita....
saya mula memahami cinta,
Kalau benar saya cintakan awak,
Maka saya akan jaga awak dan diri saya dari nerakaNya.
Kalau benar saya cintakan awak,
Saya tidak akan mengajak dan melakukan apa-apa yang menjemput murkaNya.
awak ..saya tanya nie.....betulkan awak....?? betul tak apa yang saya cakap nie....
Namun lama kelamaan seram menyelimuti hati,
Tatkala saya meluaskan makna cinta kepada awak.
Terdetik satu masa, hendak selama-lamanya bersama,
Ya, selama-lamanya....
2 comments
wah sungguh mendalam....
Cinta itu urusan hati dan urusan hati itu adalah milik ilahi.Berdoalah kepada sang pemilik alam ini.Hanya Dia sahabat sejati yang memahami segala yang tersirat di lubuk hati.Percayalah.Allah tidak akan pernah membiarkan kita sendirian dalam soal jodoh.Jika kita meminta padaNya Dia pasti akan memberi