Mujurlah Dia masih sayang...







Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang – orang yang bertaqwa”
Al-Imran: 133
Allah sangat merindui kita. Tidak kira sejauh mana telah kita lari dan terpesong pada jalan Allah, Dia tetap menanti kepulangan kita. Dan rindunya Allah terhadap kita, bukan sahaja Allah menanti kepulangan kita, bahkan Allah berikan tanda – tanda di sekitar kita supaya kita sedar kita telah sesat dan mencari jalan pulang kepadaNya. Allah sangat merindui kita, pulanglah kepada Allah





kelmarin sewaktu ana pergi menghantar adik balik ke kolej, ana menggunakan jalan yang tidak pernah ana gunakan. Dahulunya ana lebih senang naik ke lebuhraya untuk ke bertam melalui tol bertam tetapi kali ini ana mahu meneroka jalan kampung. Sebabnya saje nak tgk suasana kampung..mcm  best je...sebab raya tahun ni ta balik kampung... rindu kampung sebenarnya.... :-)

Bila sampai satu simpang...ana mula sedar ana sudah menghala ke jalan yang salah apabila ana melihat persekitaran ana. Persekitarannya yang agak kekampungan dan sangat berbeza dengan jalan sebelum ini. Batu tanda pun tidak kelihatan seperti jalan – jalan utama yang biasa. ana pun berpatah balik dan akhirnya ana sampai ke simpang yang ana terlepas tadi. Dan benar sekali, ana terlepas simpang tersebut... masya allah lalaikan ana....

Begitulah dalam hidup ini. Apabila kita mula tersalah jalan. Menyimpang daripada jalan Allah, maka Allah akan berikan tanda – tanda di sekitar kita. Supaya kita sedar dan kembali. Allah tidak akan membiarkan kita begitu sahaja....



Kita adalah makhluk yang sering alpa dan lalai. Kita mudah hanyut dibuai kesenangan dunia. Nikmat – nikmat kurnian Allah gagal kita uruskan kepada jalan mentaatiNya sebaliknya, kita gunakan untuk memenuhi keinginan nafsu kita dan melanggar aturan – aturan Allah.

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang – orang yang bertaqwa”


Amin Ya rabbal alamin....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.