Sebenarnya, ada sedikit rajuk di dalam hati pada Abi. Ana sedar, ana siapa untuk terasa hati, tapi puas perasaan ini dibuang, tapi masih ada secebis yang bersisa. Allah, berdosanya hambaMu.
Mungkin Ummi sedar akan hal itu. Lantaran bicara bersama Abi tidak serancak seperti biasa, tidak sepanjang selalunya. Sedangkan Ana bukannya sibuk dengan aktiviti pun. Bukan tertekan dengan esaimen pun... Allah..
Insaf. Hati tertanya, mampukah ana menjaga orang tua ana seperti mana mereka menjaga ana? Mampukah ana bersabar dengan kata-kata dan perilaku mereka seperti mana mereka beralah dengan kehendak ana? tapi buat kali ini aje... mengapa tidak dapat menerima pendapat ana kali ini....cuma ingin membantu mereka...biarlah pengajian ana diteruskan pada tahun hadapan...cuma 2 bulan tempohnya...MAAFKAN ana ummi ..Abi.....
Ya Allah.....berdosanya ana pada mereka...
kejadian ini buat ana berfikir...mampukah ana terus gigih membimbing mereka ke syurga bersama-sama seperti mereka mengajarkan ana mengenal a,b dan c serta alif, ba dan ta?
Jika keluarga yang kini pun masih belum sempurna bakti yang ditabur, bagaimana akan diri ini mampu memandu keluarganya sendiri di masa akan datang?
"Verily, my solah, my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of all that exists."